fbpx
I Love Kuching
  • To Do
  • Eat
  • Attractions
  • Local Story
  • Kuiz
No Result
View All Result
  • To Do
  • Eat
  • Attractions
  • Local Story
  • Kuiz
No Result
View All Result
I Love Kuching
No Result
View All Result

Majlis Perkahwinan Penyebab Kluster Terbaru Di Kuching, Akibatkan 68 Orang Positif COVID19 Setakat Ini

ILOVEKCH Oleh ILOVEKCH
April 3, 2021
PKPB Di Sarawak, Majlis Sosial Seperti Sambutan Hari Jadi, Resepsi TIDAK DIBENARKAN
Share on FacebookShare on Twitter

Langgan saluran Telegram kami untuk mendapatkan konten terkini dan peluang giveaway bulanan.

Join Telegram Kami

Langgan saluran YouTube kami untuk melihat pelbagai video menarik.

Join YouTube Kami

Perkara tersebut dimaklumkan melalui laporan rasmi SDMC hari ini.

Majlis Perkahwinan Penyebab Kluster Terbaru Di Kuching, Akibatkan 68 Orang Positif COVID19 Setakat Ini. Satu lagi kluster baharu dicatatkan di Kuching, Sarawak hari ini. Kluster tersebut merupakan satu kluster komuniti yang dikesan melibatkan majlis perkahwinan.

Menurut laporan rasmi SDMC, Kluster Kampung Binyu adalah kluster komuniti yang telahdikesan melibatkan majlis perkahwinan di Kampung Binyu, Jalan Tanjung Bako di daerah Kuching, Sarawak.

Kluster ini dikesan apabila beberapa individu bergejala (Kes ke-16,214, 16,194 dan 16,196) yang telah menjalani saringan COVID-19 di fasiliti kesihatan di daerah Kuching dan Bintulu didapati positif pada 30 Mac 2021. Hasil siasatan mendapati kes-kes inimempunyai sejarah menghadiri majlis perkahwinan di Kampung Binyu, Kuching.

Hasil pengesanan kes secara aktif dan saringan ke atas semua kontak rapat, ahli keluarga dan kontak kasual kepada kes-kes ini, tambahan 65 kes positif COVID-19 telah dikesan. Sejumlah 231 individu telah disaring dimana:

  • 68 kes telah disahkan positif COVID-19 termasuk kes indeks;
  • 163 kes didapati negatif saringan pertama, dan
  • tiada kes menunggu keputusan makmal.

Kesemua 68 kes positif COVID-19 dalam kluster ini telah dirujuk untuk rawatan lanjut dan pengasingan di Hospital Umum Sarawak atau di PKRC Kuching dan Hospital Bintulu. Kontak kontak rapat kepada kes-kes positif ini pula telah dimasukkan ke pusat kuarantin bagi tujuan pengasingan dan saringan COVID19.

Hari ini juga terdapat 290 kes baharu COVID-19 dikesan di Sarawak. Daerah-daerah yang melaporkan kes adalah Daerah Kuching (86), Bintulu (81), Miri (36), Sibu (22), Serian (20), Samarahan (7), Kapit (6), Subis (6), Julau (5), Bukit Mabong (4), Meradong (3), Marudi(3), Sarikei (2), Selangau (2), Sri Aman (2), Tebedu (2), Tanjung Manis (1), Tatau (1), dan Belaga (1). Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 17,135 kes.

Hanya 1 KES IMPORT DARI NEGERI LAIN di Malaysia dicatatkan di Sarawak hari ini.

Baca juga artikel lain yang berkaitan :

Baca JugaArtikel Berkaitan

Lelaki Ini Sanggup Buat Laporan Palsu Untuk Elak Saman JPN Hilang MYKad Kali Ketiga

Lelaki Ini Sanggup Buat Laporan Palsu Untuk Elak Saman JPN Hilang MYKad Kali Ketiga

April 16, 2021
H&L BDC Telah Mengesahkan Seorang Kakitangan Positif COVID-19

H&L BDC Telah Mengesahkan Seorang Kakitangan Positif COVID-19

April 16, 2021
Kebakaran Di Kampung Tabuan Melayu, Sebuah Rumah Kayu Hampir Musnah

Kebakaran Di Kampung Tabuan Melayu, Sebuah Rumah Kayu Hampir Musnah

April 15, 2021
Mangsa Tembakan Di Bau Didapati Positif COVID-19

Mangsa Tembakan Di Bau Didapati Positif COVID-19

April 14, 2021
Share61Tweet38SendShare

Dapatkan peluang untuk menang giveaway.

  • Kuiz tentang Sarawak
  • Terms Of Service
  • Privacy Policy
A Part Of Borneo Digital
No Result
View All Result
  • To Do
  • Eat
  • Attractions
  • Local Story
  • Kuiz