Our Local Story

Mahalkah Rumah Di Kuching? Ini Tinjauan Ringkas Kami

Mahalkah Rumah Di Kuching? Ini Tinjauan Ringkas Kami

Mahalkah rumah di Kuching? Tok adalah persoalan yang menjadi pertanyaan setiap individu yang berada di dalam kalangan golongan middle class di Kuching.

Kos sara hidup merupakan isu yang sentiasa menjadi bualan manusia tidak kisah dimana mereka berada. Kos untuk memiliki rumah juga turut hangat diperkatakan lebih lebih lagi selepas isu ‘housing bubble’ yang terjadi di Amerika pada sekitar tahun 2007-2008.

Kami juga tertanya tanya, mahalkah rumah di Kuching? Terutamanya semenjak lambakan pusat membeli belah dan juga projek shoplot mega (kakya masih juak mulobo kosong nak, bagus polah rumah/apartment mampu milik)

Dalam artikel kali ini kami lalukan beberapa research ringkas melalui beberapa portal hartanah dan juga mudah.com untuk mendapatkan harga harga rumah dalam lingkungan radius 20km dari pusat bandar Kuching. Kami juga dapatkan data dari Jabatan Statistik Negara untuk mendapatkan median wage bagi rakyat Sarawak secara keseluruhannya.

Mahalkah Rumah Di Kuching? Ini Tinjauan Ringkas Kami

sumber : trovit.my

3 rumah di atas adalah contoh harga rumah di sekitar petrajaya iaitu di Jalan Depo dan juga berdekatan dengan Matang Jaya.

Untuk rumah teres 2 tingkat yang terletak di Jalan Depo, harga pasaran yang diletakkan adalah RM538 000

Mahalkah Rumah Di Kuching? Ini Tinjauan Ringkas Kami

Sumber : iProperty

Berdasarkan gambar di atas, saiz tanah rumah tersebut adalah 12 point dan ianya merupakan native lot

Berdasarkan perkiraan mudah, kos yang diperlukan untuk bayaran bulanan pula adalah sekitar RM 2217 untuk 35 tahun dengar kadar faedah 4.25%, dengan bayaran downpayment 10% iaitu RM53800

Rujuk gambar home calculator di bawah :

Mahalkah Rumah Di Kuching? Ini Tinjauan Ringkas Kami

Sumber : http://www.calculator.com.my

Jarak dari Jalan Depo ke Pusat Bandaraya Kuching pula adalah sekitar 10 minit – 30 minit bergantung pada keadaan trafik terutamanya ketika waktu kemuncak.

Kami bandingkan pula kawasan perumahan baru yang terletak di Bako, iaitu sekitar 45 minit dari Bandaraya Kuching.

Mahalkah Rumah Di Kuching? Ini Tinjauan Ringkas Kami

Sumber : Sarawak Focus

Untuk rumah teres setingkat dengan harga RM268 800, bayaran bulanan selama 35 tahun (kadar faedah 4.5%) pula adalah sekitar RM1108

Mahalkah Rumah Di Kuching? Ini Tinjauan Ringkas Kami

sumber : http://www.calculator.com.my

Anda boleh baca juga artikel lama kami mengenai Perumahan Rakyat 1 Malaysia ( PR1MA ) :

Harga PR1MA paling murah di Kuching adalah RM218 000 dan terletak di Semenggoh, juga 45 minit perjalanan dari Bandaraya Kuching.

Kami dapatkan data lama ( Tahun 2012 – 2014 ) dari Jabatan Statistik Malaysia untuk pendapatan isi rumah kasar bulanan ( penengah, purata dan kadar pertumbuhan ). Setakat tahun 2014, pendapatan isi rumah penengah di Sarawak adalah RM3779 dan purata pula adalah RM4934

Mahalkah Rumah Di Kuching? Ini Tinjauan Ringkas Kami

Dengan pertumbuhan pesat bandaraya Kuching juga, ramai yang memilih untuk membeli rumah yang terletak di pinggir bandar, terutamanya di Kota Samarahan, Batu Kawa, Matang dan juga sekitar Siburan.

Secara general, jika dilihat pada aliran trafik setiap hari kita akan melihat kesesakan teruk di sekitar Samarahan – Tabuan, Matang – Kuching, Batu 15,Batu 12 – Kuching pada waktu kemuncak.

Kami juga cuba mencari maklumat ringkas untuk harga rumah rumah yang dijual di sekitar Kota Samarahan.

Rujuk gambar di bawah :

Mahalkah Rumah Di Kuching? Ini Tinjauan Ringkas Kami

Sumber : Mitula

Rumah di sekitar Samarahan juga kini berharga RM200k ke atas, mungkin kerana lokasinya yang dekat dengan pelbagai institusi seperti universiti dan sebagainya.

Apa pula pendapat anda? Adakah anda termasuk dalam golongan yang bertuah dan mampu untuk memiliki rumah dengan hanya menggunakan 30%-40% pendapatan anda?

Kongsikan juga tips tips untuk memiliki rumah di sekitar Kuching dan juga pendapat anda mengenai trend harga rumah dan juga kenaikan gaji tahunan yang anda terima.

 

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami