Our Local Story

LRT Dari Kuching Ke Serian Dalam Kajian Menurut CM Abang Jo

LRT Dari Kuching Ke Serian Dalam Kajian Menurut CM Abang Jo

LRT Dari Kuching Ke Serian Dalam Kajian Menurut CM Abang Jo

Cerita Sistem Aliran Ringan ( LRT ) bukanlah sesuatu yang janggal diperkatakan di Kuching. Sudah banyak kali kita mendengar desas desus akan adanya sistem aliran ringan ini. Beberapa tahun yang lepas juga kita mendengar desas desus ini sehingga ada keluarnya peta rancangan LRT dan Monorail di Kuching

LRT Dari Kuching Ke Serian Dalam Kajian Menurut CM Abang Jo

Peta di atas adalah dari desas desus yang keluar beberapa tahun lepas, sekitar tahun 2012 / 2013. Tidak pasti dari mana asalnya tetapi kekal sebagai desas desus sehingga kini.

Semalam, CM Abang Jo berkata kerajaan negeri sedang mengkaji keperluan LRT dalam menyelesaikan masalah kesesakan jalan raja di Kuching, Samarahan dan juga Serian. Anda boleh baca lanjut di pautan ini :

CM : Kuching – Serian LRT Under Study 

Sebelum ini, Konsortium BKK Sdn Bhd ( Gabungan Syarikat Bas di Kuching ) sudah bersedia untuk melancarkan SBST yang akan melibatkan lebih dari 100 buah bas baharu yang mesra OKU dan dilengkapi CCTV.

Anda boleh semak artikel lama kami di sini : Kerajaan Sarawak Kini Bersedia Untuk Mentransformasikan Bas Di Kuching 

Jadi, apa pendapat anda? Adakah LRT satu keperluan atau lebih penting untuk kita memperbaiki jalan raya dan mengutamakan bas terlebih dahulu kerana kos perlaksanaan dan maintenance yang lebih murah? Atau lebih elok jika kita melihat pada konsep BRT yang digunakan di bandar bandar besar di seluruh dunia?

Tinggalkan komen dan pendapat anda di bawah.

Kredit gambar : Jabatan Penerangan Negeri Sarawak

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami