in

Lori Lompat Divider Demi Elakkan Pusingan U Di Lampu Trafik Kuching Sentral

Lori Lompat Divider Demi Elakkan Pusingan U Di Lampu Trafik Kuching Sentral

Lori Lompat Divider Demi Elakkan Pusingan U Di Lampu Trafik Kuching Sentral

Selepas warga Petrajaya dikejutkan dengan berita kemalangan maut yang menyebabkan jalan sesak teruk pagi tadi, viral pula satu video yang merakam aksi melompat divider berdekatan dengan Kuching Sentral.

Lori Lompat Divider Demi Elakkan Pusingan U Di Lampu Trafik Kuching Sentral

Dalam video yang dirakam dan dimuatnaik dalam group Kuching Traffic Info tersebut, sebuah lori dirakam cuba ‘melompat’ dari pembahagi jalan semata mata malas untuk membuat pusingan U di lampu trafik yang terletak lebih kurang 200 meter dari lokasi kejadian.

Insiden yang berlaku semasa jalan sesak tersebut menambah lagi kesesakan di jalan tersebut hanya kerana sikap tidak bertanggungjawab pemandu lori tersebut yang hanya mementingkan diri sendiri.

(VIDEO) Lompat Divider Demi Elakkan Pusingan U Di Lampu Trafik Kuching Sentral

Difahamkan juga melalui maklum balas pengguna jalanraya yang sama bahawa perkara tersebut berlaku setiap hari dan ianya sudah menjadi perkara yang biasa.

Perkara tersebut ternyata menyusahkan pengguna jalan raya yang menggunakan jalan tersebut untuk pergi dan balik kerja setiap hari dan semestinya merupakan satu tindakan yang bakal mengundah padah.

(VIDEO) Lompat Divider Demi Elakkan Pusingan U Di Lampu Trafik Kuching Sentral

Jika anda menemui situasi di atas, kami sarankan anda mencatit nombor pendaftaran kenderaan yang terlibat dan sila laporkan kepada pihak berkuasa agar mereka dapat mengambil tindakan seterusnya bagi mengelakkan insiden yang sama berlaku lagi.

Bagi anda yang ingin melakukan perkara yang sama, kami minta anda fikir sejuta kali agar anda boleh rasional sebelum melakukan perkara tersebut.