Our Local Story

Lembaga Pengarah Petros Dilantik, Semua Dari Sarawak

Lembaga Pengarah Petros Dilantik, Semua Dari Sarawak

Lembaga pengarah Petros, syarikat minyak dan gas milik penuh Sarawak, dianggotai oleh 5 orang Sarawak yang telah bersara dari Petronas dan Shell.

Menurut Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, sebagai permulaan, 5 anggota itu telah dilantik dan mereka akan mengadakan mesyuarat pertama dalam tempoh terdekat bagi menentukan siapakah yang akan menyandang jawatan ketua pegawai eksekutif syarikat itu.

Syarikat Minyak 'Petros' Milik Penuh Sarawak Telah Ditubuhkan

“Ia baru di peringkat pembentukan, apa yang penting ialah kita perlu mempunyai wadah sendiri (dalam industri ini), kemudian kita akan bekerjasama dengan Petronas, khususnya dalam aktiviti huluan,” kata beliau selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Pengajian Bahasa 2017 di Hotel Riverside Majestic.

Abang Johari berkata beliau akan memaklumkan kepada Dewan Undangan Negeri pada persidangannya November ini tentang syarikat berkenaan, yang diamanahkan tanggungjawab menjaga kepentingan Sarawak dalam industri minyak dan gas.

Baca artikel lama kami di sini :

Sarawak Bakal Tubuhkan Syarikat O&G Sendiri?

Baca juga :

Syarikat Minyak ‘Petros’ Milik Penuh Sarawak Telah Ditubuhkan

Tonton Video : Sarawak akan mengambil bahagian dalam meneroka dan mencari gali telaga minyak di perairannya dengan lebih aktif.

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami