Our Local Story

Lebih 50 000 Berarak di Kuching Dan Miri Untuk Christmas Parade

Lebih 50 000 Berarak di Kuching Dan Miri Untuk Christmas Parade

Lebih 50 000 Berarak di Kuching Dan Miri Untuk Christmas Parade

Jika di Kuala Lumpur, puluhan ribu manusia berarak untuk membantah ICERD ( walaupun kerajaan tidak meraktifikasan ICERD ), di Kuching dan Miri pula lebih 50 000 orang berarak untuk Christmas Parade yang merupakan aktiviti tahunan menjelang perayaan hari natal.

Di Kuching, sambutan meriah dengan perarakan dimulakan dari Padang Jubilee di Pending dan kemudiannya berarak secara aman dan meriah di sekitar pusat bandaraya Kuching.

Di Miri pula, lebih 45 000 orang berarak dalam upacara yang dianjurkan oleh 15 buah gereja di bandaraya tersebut.

 

Menurut The Star, majlis pada tahun ini merupakan anjuran 15 buah gereja di Miri.

Akhbar itu memetik Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Sim Kui Han berkata kehadiran ramai ini menunjukkan suasana muhibah penerimaan semua kaum dan agama di negeri itu.

“Sarawak memiliki keistimewaan yang patut kami pertahankan dengan apa cara sekali pun.

“Semangat muhibah dan perpaduan antara semua rakyat berbilang kaum dan agama di Sarawak ini sungguh bernilai,” katanya. – Malaysiakini

Perarakan sempena Hari Natal kebiasaanya memang sangat meriah di Sarawak dengan pelbagai kaum turut serta dalam perarakan ini.

Sarawak, more to discover.

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami