Our Local Story

Lawatan Putera Charles Dan Camilla Disambut Meriah Di Sarawak

Lawatan Putera Charles Dan Camilla Disambut Meriah Di Sarawak

Lawatan Putera Charles Dan Camilla Disambut Meriah Di Sarawak

Putera Charles dan Camilla yang merupakan The Prince of Wales and The Duchess Of Cornwall dari Keluarga Diraja UK tiba di Kuching semalam untuk lawatan ringkas ke Kampung Budaya Sarawak dan juga Semenggoh Wildlife Centre.

Mereka yang tiba dengan pesawat khas Royal Air Force dibawa untuk melawat Semenggoh Wildlife Centre di mana beliau melihat sendiri orang utan. Prince Charles juga merupakan seorang individu yang amat dikenali dengan usaha beliau untuk save the rainforest . Seperti yang kita tahu, deforestation adalah antara sebab utama mengapa spesies orang utan terancam

Lawatan Putera Charles Dan Camilla Disambut Meriah Di Sarawak

Photo : Tim Rooke/REX/Shutterstock

Semenggoh Wildlife Centre mempunyai 26 orang utan yang dibenarkan bebas di kawasan hutan seluas 740 hektar.

Pasangan Diraja tersebut juga dibawa untuk melawat ke Kampung Budaya Sarawak, di mana mereka dibawa untuk merasai keunikan Sarawak, all in under one roof.

Di Kampung Budaya Sarawak, mereka ditemani oleh Ketua Menteri Sarawak dan beberapa orang lagi pemimpin tertinggi di Sarawak, dan disambut meriah oleh warga Kampung Budaya Sarawak.

Lawatan Putera Charles Dan Camilla Disambut Meriah Di Sarawak

Photo : Tim Rooke/REX/Shutterstock

Mereka juga diberi tour yang lengkap di Kampung Budaya Sarawak. Seperti yang kita tahu, Kampung Budaya Sarawak adalah tempat di mana budaya dan juga keunikan Sarawak diletakkan di dalam satu kawasan dan pengunjung hanya perlukan kurang dari 1 hari untuk menghabiskan tour tersebut.

Prince Charles juga sempat mencuba sumpit ketika lawatan beliau semalam.

Lawatan Putera Charles Dan Camilla Disambut Meriah Di Sarawak

Photo : Getty Images

Lawatan Keluarga Diraja ini berakhir pada hari yang sama di mana pasangan tersebut meneruskan perjalanan ke Pulau Pinang, malam tadi.

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami