Our Local Story

Larry Sng Dan Keluarga Tahanan Ke Kemboja Rabu Ini Dalam Misi Menyelamat 44 Anak Sarawak Yang Ditahan Tanpa Bicara

Larry Sng Dan Keluarga Tahanan Ke Kemboja Rabu Ini Untuk Misi Menyelamat 44 Anak Sarawak Yang Ditahan Tanpa Bicara

Larry Sng Dan Keluarga Tahanan Ke Kemboja Rabu Ini Dalam Misi Menyelamat 44 Anak Sarawak Yang Ditahan Tanpa Bicara

Ahli Parlimen Julau, Larry Sng Wei Shien dijadual berlepas ke Kemboja pada Rabu ini bersama delegasi media serta ahli keluarga tahanan rakyat Malaysia di negara itu bagi meninjau situasi sebenar dan melihat keadaan mereka di sana.

Larry Sng dalam kenyataannya pada 10 Februari berkata pejabat Kedutaan Malaysia di Kemboja telah berjaya mengatur lawatan delegasi tersebut ke penjara Banteay Meanchey.

“Saya baru sahaja dimaklumkan bahawa pihak AirAsia juga akan turut serta dalam Misi Menyelamat serta membawa pulang tahanan rakyat Malaysia dengan membiayai kos membawa pulang ke tanah air.

“Saya berasa amat berbangga kerana banyak pihak yang tampil menghulurkan pelbagai bentuk bantuan tanpa mengira latar belakang kaum, agama mahupun fahaman politik,” katanya.

Pada Khamis lalu, Kementerian Luar mengesahkan laporan penahanan 47 rakyat Malaysia di Poi Pet, Kemboja sejak 11 Disember lalu atas pertuduhan menipu, membuka dan menjalankan aktiviti perjudian dalam talian secara haram.

Mereka dikatakan ditahan di negara tersebut setelah terpesona dengan janji gaji lumayan yang dipercayai didalangi sindiket pemerdagangan manusia dari China.

Seramai 44 anak muda Sarawak telah ditahan manakala tiga lagi dari negeri lain.

Kesemua mangsa berusia antara 18 dan 20 tahun dengan lebih kurang satu per empat daripada mereka ialah gadis.

[adace_shop_the_post ids=”9002″ id=”1549862019410″]

 

Kronologi kes (Sumber: Utusan Borneo)

  • Kesemua mangsa telah dibawa ke Kemboja oleh sebuah agensi pekerjaan yang menjanjikan pekerjaan dan gaji lumayan dalam mata wang dolar Amerika Syarikat.
  • Setibanya di Kemboja, mereka ditempatkan di sebuah rumah persendirian tanpa mendapat pekerjaan yang dijanjikan
  • Mangsa ditahan oleh polis Kemboja kononnya atas tuduhan terlibat dalam permainan perjudian dalam talian
  • Mereka yang menafikan tuduhan tersebut telah ditahan selama seminggu di lokap polis dan dipindahkan ke Penjara Daerah kira-kira 446 kilometer dari ibu kota Kemboja pada 16 Disember tahun lalu sehingga hari ini
  • Ahli keluarga mangsa hanya mendapat tahu berita penahanan anak-anak mereka melalui akhbar tempatan Kemboja
Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami