Our Local Story

Larangan Merokok Di Seluruh Negara Bermula Esok – Melainkan Sarawak

Larangan Merokok Di Seluruh Negara Bermula Esok - Melainkan Sarawak

Larangan Merokok Di Seluruh Negara Bermula Esok – Melainkan Sarawak

Kesemua negeri di Malaysia akan menguatkuasakan larangan merokok di restoran, kafe dan kedai kopi (tempat makan) bermula esok hari, melainkan Sarawak.

Menurut BorneoPost Online, Jabatan Kesihatan Sarawak akan melakukan perjumpaan dengan pelbagai agensi pada 9 Januari ini untuk membincangkan polisi larangan merokok ini.

Merut Dr Sim juga, hanya selepas perjumpaan tersebut mereka dapat merangka hala tuju yang berkaitan dengan polisi tersebut.

Dr Sim yang juga merupakan Presiden SUPP juga menyatakan bahawa perjumpaan tersebut akan melibatkan pengusaha kedai makan dan sewaktu dengan nya.

Larangan Merokok Di Seluruh Negara Bermula Esok - Melainkan Sarawak

Sebelum ini, Dr Sim dikecam hebat oleh rakyat Sarawak apabila BorneoPost mengeluarkan artikel “Smoking ban doesn’t apply to Sarawak – Dr Sim” pada 23 Disember 2018

Kenyataan Dr Sim yang dikeluarkan hari ini juga mendapat kritikan hebat dari rakyat Sarawak.

Walaupun keputusan untuk larangan merokok kemungkinan besar masih lambat untuk dilaksanakan, difahamkan Dewan Bandaraya Kuching Utara sudah bersedia untuk mengimplementasikan perkara tersebut.

Related posts
Our Local Story

Cacian Netizen Terhadap Peniaga Pakistan Di Bau Menjengkelkan

Our Local Story

Permohonan Biasiswa Sarawak Energy 2019 Kini Dibuka

Our Local Story

Lambakan Udang Sungai Di Simunjan, Sesuai Untuk Penggemar Udang!

Our Local Story

Ini Syurga Pelancongan Ala Bali Di Sempadan Sarawak - Kalimantan

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami