fbpx
Our Local Story

Larang Isteri Bekerja Sebagai Ejen Produk, Pemilik Perniagaan Ini Luah Perasaan Kecewa

“Dengan nada sedih dia panggil saya untuk minta saya pindahkan semula wang dia,” – Pemilik Perniagaan

Larang Isteri Bekerja Sebagai Ejen Produk, Pemilik Perniagaan Ini Luah Perasaan Kecewa. Sepanjang PKP, kita telah menyaksi beberapa orang cuba menceburi bidang perniagaan sebagai pendapatan sampingan terutamanya individu-individu dari industri kreatif yang banyak terjejas akibat pandemik.

Untuk penyanyi tempatan ini, Eisner Jackson Jiram-Mudin, beliau telah membangunkan sebuah perniagaan menjual sambal sebagai pendapatan sampingan dan perniagaan tersebut kini berkembang, hasil usaha beliau dan ejen-ejen yang bekerja bersamanya.

Namun, beliau baru-baru ini menyatakan kekecewaannya dengan sikap beberapa suami yang menghalang isteri mereka bekerja sebagai ejen dengan alasan bahawa ia “tidak menguntungkan” menerusi Facebooknya.

Larang Isteri Bekerja Sebagai Ejen Produk, Pemilik Perniagaan Ini Luah Perasaan Kecewa
Larang Isteri Bekerja Sebagai Ejen Produk, Pemilik Perniagaan Ini Luah Perasaan Kecewa

“Ini adalah kali kedua saya dapat ejen dihalang oleh suaminya,” – Eisner

Anda boleh baca luahan beliau di bawah:
*terjemahan disediakan di bawah

Bisi siku indu chat aku pagi tadi.. mdh ke diri ka nydi agent sambal.. mula ok randau kmi duai.. excited ya ka bjual brg…

Posted by Eisner Jackson Jiram-Mudin on Thursday, August 13, 2020

Bagi mereka yang kurang faham, ringkas kata seorang wanita menghubungi beliau dengan minat untuk menjadi ejen perniagaan Eisner. Dikatakan juga ia adalah kali pertama untuk wanita tersebut bekerja sebagai ejen perniagaan.

Setelah berbincang, mereka berdua dapat persetujuan dan wanita itu bersetuju untuk memberi sejumlah wang untuk menjadi ejen rasmi.

Namun demikian, suami wanita tersebut menghubungi Eisner pada petang itu untuk meminta beliau mengembalikan wang tersebut.

“Suami wanita itu memarahi isterinya kerana menjual produk yang tidak mendatangkan keuntungan,” kata Eisner.

Maka dipulangkan lah beliau duit wanita tersebut.

Terkilan dengan sikap suami wanita terbabit

Eisner menegaskan beliau tidak memarahi siapa-siapa, tetapi beliau terkilan dengan sikap lelaki tersebut.

“Masih wujud juga lelaki macam itu. Ini adalah kali kedua saya dapat ejen dihalang oleh suaminya. Mereka fikir perniagaan sebegini tidak mendatangkan keuntungan, dengan berpendapat mereka hanya membantu orang lain jadi kaya,” ujarnya lagi.

Beliau kemudian menasihat wanita tersebut,

“Kepada sis, sekiranya anda terbaca ini, saya harap anda bersabar. Teruskan penjualan anda, jangan hiraukan pendapat suami anda. Ia tidak salah untuk anda mencari pendapatan sendiri, biar pun hanya untung RM2, RM3. Sekurang-kurangnya anda ada keuntungan. Ia tak lah janjikan kekayaan, tapi sekurang-kurangnya kita tidak perlu risau dengan perbelanjaan harian kita,” tambah Eisner.

Eisner mengakhiri ciapannya dengan berkata wanita terbabit dengan nada kecewa menghubungi beliau untuk memintanya kembalikan wang pendaftaran ejen rasmi yang diberinya pada awal hari tersebut.

Suami wanita terbabit menghubungi Eisner kembali setelah luahan beliau tular

Belum habis lagi cerita, suami kepada wanita tersebut menghubungi Eisner kembali menerusi WhatsApp meminta beliau untuk padamkan status beliau yang jelas bercakap tentang dia dan isterinya.

Namun, Eisner menjawab lelaki itu dengan berkata,

“Sebelum saya bercakap, saya nak minta maaf dahulu sekiranya post saya menyakitkan hati mana-mana pihak. Tapi, saya nak bawa berbincang bagus. Anda kata isteri anda bekerja sebagai ejen tapi orang lain yang untung/kaya. Ini saya nak tanya, adakah anda merokok? Adakah anda minum (minuman keras)? Kalau ya, tolong berhenti. Kerana kedua-duanya tak datangkan hasil, tak kembalikan wang anda,” ulasnya.

Beliau kemudian mengulas tentang kes isteri lelaki itu yang berkata isterinya membantu orang lain jadi kaya sahaja.

“Kenapa ia salah untuk isteri anda cari pendapatan sendiri? Memang lah ia tak datangkan kekayaan serta-merta, tetapi sekurang-kurangnya hasil daripada penjualan produk tersebut boleh digunakan untuk membantu anda berdua. Isteri anda boleh membantu anda, tak membebankan anda. Macam saya sendiri, kaya mana pun suami saya, banyak mana pun duit dia, ada kereta, saya tak lah bergantung sepenuhnya kepada dia. Ia tak salah untuk saya berjual, sekurang-kurangnya saya membantu suami saya dalam rumah tangga kami berdua daripada berjalan-jalan tanpa datang untung,” katanya.

Eisner kemudian berkata,

“Jangan terlalu berfikiran kolot. Isteri anda nak beli barang solekan untuk suami tapi sendiri tiada duit. Nanti naik pub tengok perempuan 360 darjah mata berpusing lihat perempuan seksi. Kesian lah dengan isteri anda. Isteri anda masih muda, baru umur 20 tahun, anak pun sudah 2. Jangan lah terlalu mengongkong.”

Suami wanita itu tidak hirau pendapat Eisner

Walaupun Eisner cuba menjelaskan keadaan tersebut kepada suami wanita itu, lelaki terbabit tak hiraukan pendapat Eisner.

“Isteri saya, rumah tangga saya jadi jangan kau nak jaga tepi kain rumah tangga saya. Jaga rumah tangga kamu sendiri. Duit saya bukan duit kamu. Jangan ajar saya macam mana jadi ketua keluarga, itu hak saya sebagai lelaki dan ketua keluarga,” kata lelaki itu.

Pendapat netizen mengenai perkara tersebut

Rata-rata netizen luahkan pendapat masing-masing mengenai perkara tersebut, dengan kebanyakan bersetuju lelaki tersebut tidak menyokong isteri dalam minatnya.

Kredit: Eisner Jackson Jiram-Mudin

“Kalau saya, saya akan sokong isteri saya buat perniagaan kecil-kecilan, walaupun kami berdua tahu ia tak akan datangkan untung besar. Kalau nak untung besar, modal pun perlu besar, sebagai lelaki kita perlu sokong apa yang hendak dibuat oleh isteri untuk membantu mengisi bilik rumah kami berdua. Tak semua perniagaan boleh mendatangkan keuntungan tetapi ia tak salah untuk mencuba. Yang paling penting, suami mesti beri sokongan.”

Kredit: Eisner Jackson Jiram-Mudin

“Tak sokong langsung dengan isteri sendiri. Tak boleh dijadikan suami.”

Kredit: Eisner Jackson Jiram-Mudin

“Kesian dapat suami macam itu. Langsung tak nak sokong isteri. Nanti beri nafkah kepada isteri sikit sahaja. Isteri baru sahaja nak cari rezeki membantu suami tetapi tak disuruh. Hmm kesian zaman 2020 pun masih ada lelaki jenis macam itu.”

Malah, pengguna Facebook lain yang kongsikan status tersebut berpendapat sama.

Kredit: Eisner Jackson Jiram-Mudin

“Kesiannya, sebagai suami dia sepatutnya sokong isteri, bukan mengawal isteri. Saya sangat bersyukur kerana dapat suami bukan macam ini. Yang sentiasa sokong, memberi cadangan kepada saya untuk barang yang sepatutnya, beri saya semangat dalam membuat semua kerja.”

Kepada para lelaki yang bergelaran suami, jika isteri anda berminat untuk membuat sesuatu yang membawa keuntungan dan mampu membantu rumah tangga anda berdua, sokonglah isteri anda. Dan kepada para wanita yang bergelaran isteri, sentiasa berusaha untuk kebaikan rumah tangga anda, terutamanya untuk anak-anak anda.

Apakah pendapat anda mengenai perkara ini? Adakah anda bersetuju wanita itu patut dihalang suaminya untuk menceburi bidang perniagaan? Komen pendapat anda dan jangan lupa kongsikan artikel ini.

Lagi di sini:

Artikel Berkaitan

Back to top button