fbpx
Our Local Story

Laporan : Hanya 10% Majikan Di Sarawak Sudi Bayar Graduan Gaji RM2501 Ke Atas

Laporan pekerjaan tersebut dikeluarkan oleh portal SarawakJobs

Laporan : Hanya 10% Majikan Di Sarawak Sudi Bayar Graduan Gaji RM2501 Ke Atas. Portal Sarawakjob baru baru ini mengeluarkan laporan pekerjaan 2019-2020 di portal mereka. Laporan itu dipecahkan kepada tiga bahagian yang merangkumi laporan graduan, laporan pekerja dan juga laporan syarikat.

Secara keseluruhannya, laporan tersebut merangkumi 30 soalan yang dipecahkan kepada tiga kategori di atas bagi mendapatkan data-data yang diperlukan bagi tujuan penilaian.

Untuk laporan pekerjaan tahun 2019-2020 yang dikongsikan oleh mereka, antara fakta menarik yang diperolehi adalah hanya 10% majikan di Sarawak sudi membayar graduan yang mempunyai ijazah (degree) dengan gaji RM2501 ke atas.

Laporan : Hanya 10% Majikan Di Sarawak Sudi Bayar Graduan Gaji RM2501 Ke Atas
Laporan : Hanya 10% Majikan Di Sarawak Sudi Bayar Graduan Gaji RM2501 Ke Atas

43% tawarkan gaji sekitar RM1501-RM2000

Laporan tersebut juga mendapati 43% daripada majikan sudi membayar hanya sekitar RM1501 sehingga RM2000 sebulan untuk graduan baru yang mempunyai ijazah. 31% pula sudi membayar jumlah yang sama untuk graduan diploma.

Peratusan julat gaji ini hampir sama tidak kisah lah sama ada anda mempunyai diploma mahu pun ijazah!

Gaji permulaan telah jatuh berbanding pada tahun 2019

Laporan pekerjaan ini turut merangkumi ‘anggaran gaji’ dan ‘gaji sebenar’ yang diperoleh oleh graduan sebelum dan selepas mendapat pekerjaan. Menurut laporan terkini yang dibandingkan dengan laporan terdahulu, agak mengejutkan bahawa gaji permulaan bagi pemegang diploma, ijazah dan sarjana telah jatuh jika dibandingkan dengan laporan pada tahun 2019.

Laporan : Hanya 10% Majikan Di Sarawak Sudi Bayar Graduan Gaji RM2501 Ke Atas

Gambar rajah di atas menunjukkan expected vs actual starting salary mengikut kelayakan. Kesemua gaji permulaan mengikut apa-apa kelayakan berada dibawah RM2000 sebulan.

Jumlah ini sangat ketinggalan jika dibandingkan dengan kos sara hidup rakyat di era ini. Malah, jika dipadankan dengan pengkelasan baharu isi rumah Malaysia pada tahun 2020, gaji di bawah RM 2000 sebulan dianggap berada pada tahap terendah B1 dalam kategori B40.

Angka yang tidak seimbang dengan kos sara hidup masa kini

Golongan yang baru bekerja ini dianggap sebagai individu yang memulakan hidup baru setelah mereka tidak lagi bergantung harap dengan wang belanja dari kedua ibu bapa. Namun, adalah tidak adil sekiranya pengalaman serta ilmu yang dipelajari selama bertahun-tahun hanya dibayar dengan jumlah yang tidak sepadan dengan kos sara hidup.

Laporan : Hanya 10% Majikan Di Sarawak Sudi Bayar Graduan Gaji RM2501 Ke Atas
Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia 2020 via MySumber

Apatah lagi sesebuah jawatan kini bukan hanya melakukan tugas yang spesifik tetapi memerlukan skil yang pelbagai.

Sudah tentu peratusan ini memberi gambaran bahawa angka gaji permulaan di Malaysia masih belum seimbang dan setimpal dengan perkembangan skil serta kemahiran yang semakin mencabar di alaf ini.

Apa pandangan anda? Adakah gaji permulaan layak dinaikkan ke angka yang lebih tinggi? Kongsikan pandangan anda di ruangan komen.

Lagi artikel menarik :

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close