fbpx
Our Local Story

Lapar dan Malas Untuk Keluar? Ini 5 Servis Penghantaran Makanan di Kuching

kfc delivery
3.3K Shares

Lapar dan Malas Untuk Keluar? Ini 5 Servis Penghantaran Makanan di Kuching 

  1. McDelivery : www.mcdelivery.com.my

mcdelivery

Kuching kini mempunyai 9 buah Restoran McDonald, 4 buah daripadanya adalah pandu lalu. Dengan 9 buah restoran, boleh dikatakan setiap sudut Bandaraya Kuching mempunyai Restoran McDonald. Jika anda lapar, inginkan McDonald dan malas untuk keluar anda boleh menempah terus di www.mcdelivery.com.my

Kebanyakan kawasan di Kuching kini termasuk di dalam kawasan penghantaran mereka.

mcdelivery

Anda juga boleh muat turun aplikasi mereka di Google Play atau App Store. Bagi kami, kami lebih prefer untuk menempah McDonald melalui laman sesawang mereka kerana user interface dan user experience mereka lebih mesra berbanding aplikasi telefon.

2. PlanetKuching : Planetkuching.com

planet kuching

Jika anda inginkan makanan dari mana mana restoran, mahupun gerai, anda boleh menggunakan servis mereka. Penghantaran unik mereka bermula dari pukul 10 pagi sehingga 12 tengah malam. Struktur harga mereka :

10 pagi – 8.59 malam : RM 2

9 malam – 12 tengah malam : RM 5

Anda akan dikenakan cas tambahan RM2 jika anda inginkan servis premium mereka iaitu professional shopping manager

3. KFC Delivery : www.kfcdelivery.com.my

kfc delivery

Seiring dengan kemajuan teknologi dan untuk memenuhi permintaan semasa pelanggan, KFC melancarkan tempahan atas talian, iaitu KFC Delivery. KFC Delivery juga menawarkan servis mereka di Bandaraya Kuching.

kfc delivery

Lapar? KFC? Bah, order online jak pok 

4. MiMiZOO : www.mimizoo.com.my 

mimizoo kuching

Mimizoo menawarkan servis penghantaran makanan homecook dari serendah RM1.70 sahaja. Akan tetapi tiada penghantaran on demand, di mana anda perlu menempah 1 hari sebelum penghantaran. Jika anda seorang yang tidak sabar ( siapa yang sabar kalau lapar?), mungkin lebih baik untuk tapau terus dari kedai.

mimizoo kuching

Terdapat lebih dari 130 menu di mimizoo dan difahamkan bahawa tukang masak mereka adalah homecook yang tidak dinyatakan nama dan maklumat mereka di website mereka.

5. TugoDeliver : www.tugodeliver.com

tugo deliver

TugoDeliver beroperasi dengan terus melakukan partnership dengan restoran restoran yang terlibat. Anda boleh pilih menu menu yang ditawarkan oleh vendor mereka dan tugo deliver akan menghantarnya pada anda. Waktu penghantaran adalah dari pukul 11 pagi sehingga 9 malam.

tugodeliver

Untuk senarai penuh restoran yang menjadi partner mereka, anda boleh terus ke tugodeliver.com

3.3K Shares
Related posts
Our Local Story

3 Aplikasi Servis Penghantaran Makanan Yang Anda Boleh Cuba Di Kuching

Our Local Story

Sambutan Hari Malaysia Di Padang Merdeka Kuching Pada 16 September 2019

Our Local Story

Temuduga Pengambilan Bakal Pegawai & Lain Lain Pangkat Pasukan Simpanan TLDM Kuching Akan Dibuka Pada 24 Ogos 2019

Our Local Story

Akibat Parking Sesuka Hati, Kereta Ini Dicalari

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami

Copy link
Powered by Social Snap