fbpx
Our Local Story

Lambakan Udang Sungai Di Simunjan, Sesuai Untuk Penggemar Udang!

Lambakan Udang Sungai Di Simunjan, Sesuai Untuk Penggemar Udang!
20.1K Shares

Lambakan Udang Sungai Di Simunjan, Sesuai Untuk Penggemar Udang!

Tular sebentar tadi nukilan tulisan dari pekerja Jabatan Penerangan Malaysia Simunjan, Salleh bin Haji Immun yang memunait naik satu status panjang mengenai lambakan Udang Sungai di Simunjan.

“Sampei juak banyak udang di Simunjan masa tok owh (dalam bahasa Sarawak maksudnya : Banyak jugak Udang di Simunjan masa ni)…itulah respon pertama keluar dari mulut bagi sesiapa yang datang ke Simunjan pada masa ini khususnya mereka yang datang dari luar Simunjan. Rata-rata mereka amat teruja melihat jumlah udang sungai yang banyak dan dijual dengan harga yang berpatutan telah menarik perhatian mereka.

Lambakan Udang Sungai Di Simunjan, Sesuai Untuk Penggemar Udang!

Memang benar….setiap tahun pada sekitar Bulan Mac hingga April, Simunjan akan menjadi destinasi utama pengunjung dari luar untuk mendapatkan makanan yang diperolehi daripada sungai mahupun laut. Jelas, kehadiran pengunjung luar ke Simunjan serba sedikit telah merancakkan sumber ekonomi penduduk setempat khususnya kepada mereka yang menjadikan sumber dari sungai dan laut sebagai punca pendapatan.

Udang Sungai menjadi tumpuan ketika ini memandangkan jumlahnya saban hari semakin banyak dijual di Market Lama Simunjan. Majoriti peniaga hasil sungai dan laut menjadikan produk ini sebagai bahan jualan utama yang mampu menarik perhatian masyarakat setempat dan luar untuk membelinya disamping jualan ikan, payak (udang laut) dan sebagainya.

Tinjauan mendapati harga yang ditawarkan juga berbeza dengan nilai serta saiz seperti berikut :

Udang AA : RM 60 sekilo
Udang A : RM 55 sekilo
Udang B (Udang Dara) : RM 40 hingga RM 45 sekilo
Udang C : RM 30 hingga RM 35 sekilo
Udang Kecil (sebesar Ibu Jari Dewasa) : RM 20 hingga RM 25 sekilo

  • Makluman : Harga diatas adalah harga yang dinyatakan oleh peniaga kepada penulis sewaktu penulis mendapatkan maklumbalas bersama mereka pagi ini (12 Mac 2019)

Pastinya, Udang Sungai yang dijual ini amatlah murah berdasarkan kesegarannya dan sering habis tatkala hari menjangkau ke tengahari.

“Pada masa yang sama, jika anda tidak berpeluang untuk mendapatkan Udang Sungai ini di Market Lama Simunjan, anda juga boleh datang ke Kampung Pantong Melayu yang terletak lebih kurang 7 km dari Pekan Simunjan bagi mendapatkan Udang Sungai yang dijual oleh penduduk kampung berkenaan di sepanjang laluan Jalan Pantong Melayu,” kata peniaga Udang Sungai yang ditemui oleh penulis.

“Mun di Kampung Pantong Melayu sia, Udang Sungainya lebih kurang juak rega ngan Udang Sungei yang dijual kamek orang sitok”, tambahnya lagi.

Jika anda berkunjung ke Simunjan, jangan lupa untuk membeli Udang Sungai ini sebagai salah satu juadah makanan anda.Pastinya, Udang Sungai sedap dimasak Kunyit, Goreng Tepung, Panggang dan sebagainya.

Jadi, apa tunggu lagi….aju kite ke Munjan meli Udang Sungei u…u….kedong stok masih banyak masa tok !!!!

Kredit Hasil tulisan :

Salleh bin Haji Immun
Tok Tabik Namaku
Jabatan Penerangan Malaysia
Daerah Simunjan

Tonton video Udang Gumpey Di Bawah :

20.1K Shares
Related posts
Our Local Story

Keluarga Pelayar Ini Kongsikan Pengalaman Menarik Mereka Di Kuching

Our Local Story

3 Aplikasi Servis Penghantaran Makanan Yang Anda Boleh Cuba Di Kuching

Our Local Story

Sambutan Hari Malaysia Di Padang Merdeka Kuching Pada 16 September 2019

Our Local Story

Temuduga Pengambilan Bakal Pegawai & Lain Lain Pangkat Pasukan Simpanan TLDM Kuching Akan Dibuka Pada 24 Ogos 2019

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami

Copy link
Powered by Social Snap