Our Local Story

Lagenda Hantu Pocong Dan Hantu Bangkit Di Sarawak

Lagenda Hantu Pocong Dan Hantu Bangkit Di Sarawak

Kisah paranormal dan mistik mengenai hantu pocong dan hantu bangkit memang tidak lagi menjadi sesuatu yang asing lagi bagi masyarakat di Sarawak amnya namun mungkin ramai diantara generasi baru tidak berapa mengetahui kisah-kisah seram yang menjadi igauan ngeri masyarakat era 60an.

Kisah mistik ini sering menjadi igauan ngeri penduduk di perkampungan Melayu di sekitar Sarawak apabila melibatkan kematian di sesuatu kampung tersebut. Juga pelbagai teori dan versi telah diperketengahkan dalam membicarakan kisah kewujudan Boyan Kayong dalam istilah atuk nenek kita.

Pelbagai versi kisah penglipurlara hantu bangkit yang diceritakan antaranya ialah mengenai kisah Hantu bangkit yang terkenal di Kuching pada era 70an dan 80an. Malah, semasa awal 90an, kisah ini masih berlaku, terutama sekali di Kampung Boyan dan Kampung Gersik.

Hantu bangkit(Boyan Kayong) akan menangkap dan memeluk manusia sehingga mati. Ada banyak cara untuk mengelakkan diri dari dipeluk oleh hantu bangkit. Sebagai contoh, bantal peluk jadi pengganti. Akan tetapi jika perkara itu berlaku di kawasan luar, orang tua-tua menyarankan agar mencari pokok pisang berhampiran bagi menyelamatkan diri dari dipeluk oleh hantu bangkit.

Kebiasaanya ia akan mengejar sambil memekik-mekik apabila terserempak dengan manusia.
Namun begitu, berkemungkinan amalan manusia yang menuntut ilmu yang salah menjadi punca legenda ini wujud.

Terdapat juga netizen yang berkongsi cerita berkaitan di twitter :

Lagenda Hantu Pocong Dan Hantu Bangkit Di Sarawak

Lagenda Hantu Pocong Dan Hantu Bangkit Di Sarawak

Lagenda Hantu Pocong Dan Hantu Bangkit Di Sarawak

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami