fbpx
More

    Kuching Kembali Menjadi Zon Hijau, Sibu Dan Lawas Masih Kekal Zon Kuning

    Tiada kes dilaporkan dalam 14 hari terakhir

    Kuching Kembali Menjadi Zon Hijau, Sibu Dan Lawas Masih Kekal Zon Kuning. Terkini, ia dilaporkan bahawa Kuching sudah kembali menjadi ‘Zon Hijau’ setelah tiada kes penularan tempatan baru dikesan atau dilaporkan dalam 14 hari terakhir.

    Walau bagaimanapun, Sibu dan Lawas masih kekal status ‘Zon Kuning’.

    Kuching Kembali Menjadi Zon Hijau, Sibu Dan Lawas Masih Kekal Zon Kuning

    Sibu dan Lawas menerima laporan kes dalam 14 hari terakhir

    Menurut laporan, Sibu dan Lawas masih kekal status ‘Zon Kuning’ dengan 3 kes penularan tempatan di Sibu dan 2 kes penularan tempatan di Lawas dilaporkan dalam 14 hari terakhir.

    Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) mengatakan,

    “Setakat ini, ada 2 daerah status Zon Kuning di Sarawak manakala 38 daerah adalah Zon Hijau.”

    Zon Hijau adalah daerah yang tidak mempunyai kes penularan tempatan dalam tempoh 14 hari terakhir manakala Zon Kuning adalah daerah yang mempunyai 1 – 39 kes. Zon Merah adalah daerah yang mempunyai lebih daripada 40 kes.

    Kuching bersama 37 daerah lain kini berstatus Zon Hijau, manakala Sibu dan Lawas masih Zon Kuning.

    Semua pelawat yang memasuki Sarawak harus ikut SOP sedia ada

    Jabatan Kesihatan Negeri juga mengingatkan semua penumpang atau pelawat yang memasuki Sarawak untuk membuat pernyataan yang benar mengenai tempat atau negeri yang mereka lawati dalam tempoh 14 hari sebelum penerbangan atau masuk ke Sarawak.

    “Kegagalan atau penolakan untuk melakukannya boleh menyumbang kepada penyebaran Covid-19 di negeri ini,” kata mereka.

    Sekiranya gagal berbuat demikian, tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

    Pelawat yang ingin memasuki Sarawak harus patuh kepada SOP sedia ada.

    Lagi di sini:

    Artikel Berkaitan