Our Local Story

Kuching International Mooncake Festival, Festival Menarik Yang Memaparkan Perpaduan Kuching

Kuching International Mooncake Festival, Festival Menarik Yang Memaparkan Perpaduan Kuching

Kuching International Mooncake Festival kali ke 16 yang diadakan dari 28 September sehingga 4 Oktober tahun ini merupakan sesuatu yang istimewa, dan merupakan satu festival yang memaparkan perpaduan warga Bandaraya Kuching.

Kuching International Mooncake Festival, Festival Menarik Yang Memaparkan Perpaduan Kuching

Aktiviti Bergendang Sempena Kuching International Mooncake Festival

Tahun ini, fokus mereka adalah untuk memaparkan budaya 2 kaum utama di kawasan Bandaraya Kuching ( sekitar Carpenter Street dan juga seberang Sungai, Kampung Boyan etc secara amnya )

Sepanjang Jalan Carpenter, anda akan melihat pelbagai jenis persembahan dari pelbagai kaum di pentas pentas yang disediakan. Terdapat juga pelbagai jenis gerai menarik yang menjual makanan sepanjang Jalan Carpenter.

Kuching International Mooncake Festival, Festival Menarik Yang Memaparkan Perpaduan Kuching

Jika anda berkunjung ke Kuching International Mooncake Festival ini juga, anda akan lihat pelbagai lapisan masyarakat, tidak kira kaum apa berkunjung ke sini sinonim dengan Kuching sebagai sebuah bandar perpaduan.

Kuching International Mooncake Festival, Festival Menarik Yang Memaparkan Perpaduan Kuching

Anda juga berpeluang untuk menonton persembahan sape secara live, yang dimainkan oleh pesakit yang sedang mengalami cancer tahap 1. Setiap sumbangan yang anda berikan pada beliau, akan membantu belia untuk mendapatkan rawatan.

Kuching International Mooncake Festival, Festival Menarik Yang Memaparkan Perpaduan Kuching

Jika sebelum ini viral sebuah gerai di Kelantan menerima bitcoin sebagai cara pembayaran, di festival ini juga terdapat gerai yang menawarkan cara yang sama. Vee Villa Catering Kuching menghidangkan pelbagai juadah menarik seperti rojak india, pasembur penang, briyani dan juga nasi kandar.

Kuching International Mooncake Festival, Festival Menarik Yang Memaparkan Perpaduan Kuching

Sarawak Tourism Federation juga mengadakan cabutan bertuah bagi mereka yang memuat naik gambar ke laman sosial facebook mereka, pastikan anda menggunakan hashtag #STFMOONCAKE2017 bagi melayakkan diri untuk cabutan bertuah tersebut.

Festival ini akan melabuhkan tirai untuk tahun 2017 pada 4 Oktober, dan semestinya tahun depan mereka akan kembali lagi dengan pengisian yang lebih baik.

 

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami