Our Local Story

Kuching Berjerebu Hari Ini, Dan Dijangka Akan Berterusan 2,3 Hari Lagi.

Kuching Berjerebu Hari Ini, Dan Dijangka Akan Berterusan 2,3 Hari Lagi.

Kuching Berjerebu Hari Ini, Dan Dijangka Akan Berterusan 2,3 Hari Lagi.

Hari ini Kuching dikejutkan dengan situasi yang berjerebu, dan perkara tersebut disahkan oleh Kontroler Kualiti Alam Sekitar NREB, Peter Sawal melalui laporan yang dikeluarkan oleh Utusan Borneo sebentar tadi.

Pembakaran terbuka dari negara jiran kita iaitu Indonesia ditambah dengan tiupan angin yang menghala ke Kuching mengakibatkan kita mengalami keadaan tersebut.

Kuching Berjerebu Hari Ini, Dan Dijangka Akan Berterusan 2,3 Hari Lagi.

Imej dari asmc.asean.org/home di atas menunjukkan 5 titik panas yang dikesan di Kalimantan, dan angin yang menghala ke Sarawak.

Beberapa post di Facebook mempersoalkan adakah Kuching dilanda jerebu hari ini juga viral.

Ada yang juga menyatakan bahawa jangkaan tiada jerebu tahun ini agak meleset, kerana terbukti bahawa jerebu melanda hari ini.

Namun begitu, menurut laporan Berita Harian pada bulan Julai yang lalu, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar menjangkakan tiada jerebu pada tahun ini.

Dipetik dari Berita Harian :

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar yakin keadaan jerebu teruk yang melanda negara ini pada 2015 tidak akan berulang pada tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata timbul kebimbangan di kalangan rakyat selepas Agensi Mitigasi Bencana Indonesia (BNPB) semalam memberi amaran mengenai peningkatan ancaman kebakaran hutan berikutan cuaca kering yang melanda wilayah Aceh.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan Indonesia memberi jaminan langkah proaktif sudah diambil pihak berkuasa negara itu untuk menangani jerebu, termasuk memadam kebakaran hutan dengan kadar segera.

“Kita mendapati Indonesia mengambil tindakan secara besar-besaran dan rapi dalam menangani masalah itu tahun lalu, termasuk mengerah tentera, polis dan pegawai tempatan, selain menambah keperluan aset.

“Malaysia percaya tindakan sistematik dan agresif yang dilakukan oleh Indonesia dalam menangani jerebu dapat mengelak masalah pencemaran itu daripada berlaku pada tahun ini,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Antarabangsa Mengenai Isu Semasa Hutan dan Hasil Perhutanan Ke-18 di sini, hari ini.

Semalam, BNPB memberi amaran mengenai peningkatan ancaman kebakaran hutan berikutan cuaca kering yang dijangka bertambah buruk di Aceh, sekali gus menyebabkan wilayah itu mengalami jerebu.

Bagaimanapun, Agensi Pemulihan Tanah Gambut Indonesia memberi jaminan bahawa negara jiran seperti Malaysia dan Singapura tidak mengalami jerebu kerana pihaknya sudah mengambil langkah baharu untuk menghentikan kebakaran hutan.

Indonesia sering mengalami kebakaran hutan sehingga menyebabkan asap tebal merebak ke Malaysia, seperti mana berlaku pada 2015.

Tambah Wan Junaidi, walaupun pada tahun lalu dikesan terdapat 200 titik panas di Indonesia, jerebu tidak berlaku di rantau ini.

“Indonesia mematuhi garis panduan seperti dikeluarkan oleh ASEAN menerusi Pelan Tindakan Bebas Jerebu menjelang 2020,” katanya.

 

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami