Our Local Story

Korea Utara x Sarawak. Ini Yang Kita Perlu Tahu

Korea Sarawak

Korea Utara x Sarawak. Ini Yang Kita Perlu Tahu

Selepas kes berprofil tinggi melibatkan Abang Presiden Korea Utara yang terjadi di KLIA2 , hubungan di antara Malaysia dan Korea Utara menjadi semakin tegang. Hari ini, Korea Utara telah mengeluarkan arahan untuk menghalang rakyat Malaysia daripada keluar daripada negara tersebut.

korea sarawak

Kebanyakan rakyat Korea Utara bekerja sebagai buruh di Sarawak. Menurut laporan rasmi, terdapat sebanyak 170 orang rakyat Korea Utara di Sarawak.

Kehadiran rakyat Korea Utara adalah tidak asing di Sarawak, beberapa tahun yang lepas letupan di Lombong Arang telah mengorbankan seorang warga Korea Utara dan juga mencederakan beberapa yang lain. Kehadiran rakyat Korea Utara dikatakan diperlukan bagi melakukan kerja berbahaya : rujuk sini

korea sarawak

Ahli Parlimen dari Serdang, Dr Ong Kian Ming juga pernah membangkitkan isu pekerja Korea Utara di Parlimen Malaysia.

Hari ini, Ketua Menteri Sarawak menyatakan bahawa status 170 orang rakyat Korea Utara di Sarawak akan diputuskan oleh Kementerian Dalam Negeri. Sarawak akan berbincang dengan kementerian yang berkaitan untuk memutuskan nasib pekerja pekerja tersebut dalam masa yang terdekat.

Pekerja dari Korea Utara dikatakan berdisiplin, berdedikasi dan juga kental. Kehadiran mereka di Sarawak adalah sah di sisi undang-undang Malaysia sebagai tenaga kerja dari luar. Sarawak juga merupakan satu satunya negeri yang mengambil tenaga kerja dari Korea Utara menurut laporan ini : rujuk sini.

Bagi penduduk di sekitar bahagian Sri Aman, kehadiran rakyat Korea Utara adalah biasa kerana mereka bekerja di Lombong Arang di Pantu.

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami