fbpx
Our Local Story

Kisah Tenggelamnya MV Kidjang Di Muara Kuala Rajang

Kisah Tenggelamnya MV Kidjang Di Muara Kuala Rajang
1.9K Shares

Kisah Tenggelamnya MV Kidjang Di Muara Kuala Rajang

27 Disember 1973 pasti merupakan tarikh yang tidak akan dapat dilupakan oleh rakyat Sarawak. Kisah tenggelamnya Kapal MV Kidjang di Muara Kuala Rajang ini ada diceritakan oleh Zaliha Hassan yang menghasilkan sebuah buku yang berasaskan fakta dan kajian yang dilakukan.

Kisah Tenggelamnya MV Kidjang Di Muara Kuala Rajang

Dibina pada tahun 1936 di Hong Kong, kapal tersebut asalnya dimiliki Syarikat Perkapalan Kidjang, Tanjung Pinang, Indonesia sebelum dibeli oleh Syarikat Perkapalan Messrs Central Shipping beralamat di Main Bazaar, Kuching dari sebuah syarikat perkapalan di Singapura.

Dalam tragedi tersebut, seramai 140 orang iaitu 110 penumpang dan bakinya 30 orang krew kapal terbabit dalam nahas maritim terburuk ini. Hanya 40 orang terselamat dan 53 mayat mangsa termasuk lima mayat anak kapal berjaya ditemui.

Manakala 47 mayat penumpang dan anak kapal gagal ditemui sehingga ke hari ini. Mereka termasuk enam sekeluarga yang berasal dari Sibu, Sarawak dipercayai terperangkap di dalam badan kapal malang tersebut.

Fenomena alam semulajadi, cuaca buruk ketika musim tengkujuh dan musim angin monsun timur laut dikaitkan sebagai punca utama tenggelamnya M.V.Pulau Kidjang.

Bagaimanapun tiada laporan dikeluarkan mengenai kemungkinan cuaca buruk bagi tempoh 24 jam ketika M.V.Pulau Kidjang meninggalkan jeti K.T.S. Kuching pada 26 Disember 1973.

Kebanyakan mangsa yang terselamat terutamanya anak-anak kapal memberitahu sebelum kejadian berlaku, hujan turun dengan lebat.

Angin bertiup kencang diiringi ribut kuat dan keadaan ombak besar mengakibatkan laut bergelora. Tanda awal keadaan cuaca buruk dirasai sebaik sahaja M.V.Pulau Kidjang keluar dari Muara Tebas seterusnya belayar ke Tanjung Po menuju Kuala Rajang.

M.V.Pulau Kidjang dikenali sebagai kapal jenis “tender” dan “Elliptical Stern” kerana rekabentuk bahagian buritannya yang rungkup dan terjuntai.

Spekfikasi buritannya membolehkan air laut melimpah masuk ke dalam dek belakang tetapi air yang melimpah ini tidak dapat mengalir terus keluar. Alat kemudi dan kipasnya tenggelam serentak ke dalam air membolehkan kapal jenis ini dikemudi dengan lebih efektif.

Bagaimanapun, ketika belayar mengikut arah arus air dan ombak di laut, pergerakan kapal akan perlahan.

Semasa pelayaran terakhirnya, ukuran keapungan bahagian hadapan M.V.Pulau Kidjang ialah 2.13 meter dan bahagian belakang ialah 3.04 meter. Trim bahagian butirannya adalah satu meter.

Menurut saksi, air pasang yang berlaku mengakibatkan aliran arus air laut dan sungai menghulu di kawasan muara bertambah deras.

Kapal terumbang ambing ke kiri dan kanan akibat pukulan gelombang besar dan alunan ombak yang kuat di bahagian beting.

Dalam keadaan kapal terumbang-ambing, air laut semakin banyak melimpah masuk ke dalam kapal.

Dalam keadaan kelam kabut itu, usaha untuk mengemudi M.V.Pulau Kidjang tidak berjaya sebaliknya kedudukan badan kapal semakin condong ke kanan dan perlahan~lahan tenggelam di dasar muara Kuala Rajang.

Takala itu juga, tangisan terus memecah kesepian dinihari.

Laungan meminta tolong masih lagi kedengaran.

Air mata bersatu dalam alunan ombak ganas. Rasa kasihan hilang di laut. Tetapi tiada siapa peduli. Langit muara Kuala Rajang gelap. Sekali lagi sarat awan menurunkan hujan. Badai angin dan ribut terus mengganas.

Laut masih bergelora saat tenggelamnya M.V.Pulau Kidjang.

Kisah Tenggelamnya MV Kidjang Di Muara Kuala Rajang

Kronologi Kisah Tenggelamnya MV Pulau Kidjang :

26 Disember 1973

  • 6.30 petang – penumpang mula menaiki kapal dan kargo dimasukkan
  • 8 malam – mula belayar dari Jeti K.T.S ke Muara Tebas menuju laut lepas

27 Disember 1973

  • MV Pulau Kidjang berselisih ‘kembarnya’, MV Rajah Mas sebelum memasuki perairan Tanjung Jerijeh
  • 2 pagi – sebaik menghampiri muara Kuala Rajang, cuaca bertukar buruk disusuli angin kencang dan ombak besar 
  • MV Pulau Kidjang dikendalikan juragan berpengalaman, namun sebaik sahaja menghampiri Tanjung Jerijeh, ia bertukar haluan akibat ombak besar dan angin kencang
  • Keadaan menjadi kelam kabut apabila tali pengikat kenderaan dan kargo di buritan kapal terputus menyebabkan kapal tidak stabil sebelum terbalik dan karam
  • Mangsa terselamat ditemui terdampar di Pantai Tanjung Gerigat oleh kapal pengangkut kayu, MV Hornbill yang kebetulan dalam perjalanan dari Selalang
  • Operasi mencari dan menyelamat (SAR) terbesar ketika itu dilancarkan, membabitkan kapal peronda, KD Seri Kelantan dan helikopter Nuri.

Kisah Tenggelamnya MV Kidjang Di Muara Kuala Rajang

Hari ini, setelah berpuluh tahun tenggelamnya M.V.Pulau Kidjang, mangsa yang terselamat dan waris-waris mangsa masih sukar melupakan peristiwa memilukan ini.

Bagi waris-waris mangsa yang kehilangan orang tersayang dan mayat mereka berkubur di dasar muara bersama kapal malang ini, kesedihan yang mereka tanggung sukar diungkap dengan kata~kata.

Setiap kali kenangan menggamit ingatan hanya air mata dan doa yang mampu dihadiahkan.

Jika anda berminat untuk mengetahui cerita ini dengan lebih lanjut, atau ingin memiliki buku MV Pulau Kijang ini, anda boleh menghubungi Zaliha Hassan di Facebook beliau : Zaliha Hassan

1.9K Shares
Related posts
Our Local Story

3 Aplikasi Servis Penghantaran Makanan Yang Anda Boleh Cuba Di Kuching

Our Local Story

Sambutan Hari Malaysia Di Padang Merdeka Kuching Pada 16 September 2019

Our Local Story

Temuduga Pengambilan Bakal Pegawai & Lain Lain Pangkat Pasukan Simpanan TLDM Kuching Akan Dibuka Pada 24 Ogos 2019

Our Local Story

Akibat Parking Sesuka Hati, Kereta Ini Dicalari

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami

Copy link
Powered by Social Snap