Kini Anda Mungkin Perlu Bayar RM1 Untuk Ke Luar Negara
The Malaysian Aviation Commission (Mavcom) kemungkinan besar akan mengenakan bayaran sebanyak RM1 untuk setiap penumpang yang akan ke luar negara melalui lapangan terbang di Malaysia. Hal tersebut adalah kerana badan tersebut sedang dalam usaha untuk menjadi sebuah badan yang ‘self-sustainable’ tanpa perlu suntikan dana dari Kerajaan Malaysia.
Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, pihak kerajaan tidak akan menyalurkan dana kepada Mavcom bermula dari tahun depan, makan cas RM1 itu adalah perlu bagi meneruskan operasi MAVCOM.

Menurut MAHB, lebih kurang 43.2 juta penumpang antarabangsa menggunakan lapangan terbang MAHB di Malaysia pada tahun 2016, dengan kenaikan sebanyak 8% dari 2015.
Rang Undang Undang The Malaysian Aviation Commission (Amendment) Bill 2017 yang dibentang di Dewan Rakyat awal minnggu ini, dijangka akan dipinda bagi membenarkan MAVCOM untuk mengenakan bayaran.
RM 1 tersebut bakal dikenakan kepada rakyat Malaysia dan luar negara yang akan meninggalkan Malaysia melalui lapangan terbang.
Bagi anda yang ingin mengetahui apa itu MAVCOM :
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) telah ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mac 2016 di bawah Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 (Akta) sebagai satu entiti bebas yang bertanggungjawab untuk mengawal selia perkara ekonomi dan komersial berhubungan dengan industri penerbangan awam di Malaysia. Matlamat kami adalah untuk menjadikan industri penerbangan awam di Malaysia berdaya maju dari segi komersial, berorientasikan pengguna dan berdaya tahan, agar dapat menyokong pertumbuhan ekonomi negara.
Fungsi-fungsi kami, seperti yang dinyatakan di dalam Akta tersebut, merangkumi:
- mengawal selia perkara ekonomi yang berhubungan dengan industri penerbangan awam;
- memperuntukkan suatu mekanisme bagi perlindungan pengguna;
- memperuntukkan suatu mekanisme bagi penyelesaian pertikaian antara penyedia perkhidmatan penerbangan;
- mentadbir dan menguruskan hak trafik udara; dan
- menasihati Kerajaan, mentadbir dan menguruskan laluan-laluan di bawah obligasi perkhidmatan awam.
Fungsi MAVCOM adalah berbeza daripada fungsi Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA). MOT bertanggungjawab untuk menggubal dasar utama serta perbincangan antara kerajaan dengan kerajaan (termasuklah untuk menerajui rundingan dua hala atau pelbagai hala mengenai hak trafik udara), manakala DCA pula akan terus mengawal selia aspek teknikal dan keselamatan bagi industri penerbangan awam di Malaysia.
sumber : Malaysian Reserve, KLIA2 INFO, MAVCOM
Apa pula pendapat anda? Adakah anda rasa RM1 patut dikenakan untuk menjana pendapatan buat Mavcom? Lontarkan pendapat anda di ruangan komen di bawah.