in

Kini Anda Boleh Pelajari Cara Bermain Sape Dari Raja Sape, Mathew Ngau Jau

Kini Anda Boleh Pelajari Cara Bermain Sape Dari Raja Sape, Mathew Ngau Jau

Kini Anda Boleh Pelajari Cara Bermain Sape Dari Raja Sape, Mathew Ngau Jau

Sape merupakan alat muzik tradisi yang sangat signifikan dengan komuniti Kenyah dan juga Orang Ulu di Sarawak. Bagi anda yang ingin mempelajari cara bermain sape, anda kini boleh hadir ke kelas sape yang dianjurkan bersama oleh pemain sape professional, Mathew Ngau Jau bersama sama The Tuyang Initiative dan juga TEGAS Digital Innovation Hub.

Kelas ini diadakan secara berstruktur dan diadakan secara berkumpulan kecil bermula pada 6 Januari yang lepas bertempat di TEGAS Digital Innovation Hub yang terletak di ICOM Square, Kuching.

Mathew Ngau merupakan ‘Sape Master’ yang telah diiktiraf sebagai WARISAN KEBANGSAAN ORANG HIDUP atau ‘ Living National Heritage ‘ oleh Kerajaan Malaysia semenjak tahun 2015. Ianya adalah merupakan pengiktirafan tertinggi berdasarkan latar belakang kemahiran dan ketokohan dalam bidang seni budaya. Setakat ini hanya terdapat 5 individu yang mendapat pengiktirafan ini di Malaysia dan Mathew Ngau Jau adalah salah seorang daripada individu tersebut.

Kini Anda Boleh Pelajari Cara Bermain Sape Dari Raja Sape, Mathew Ngau Jau

” Ini adalah kali pertama saya mengadakan kelas sape secara formal, sebelum ini ianya sentiasa secara spontan, apabila saya rasa ingin mengajar. Tiada silibus formal atau struktur pembayaran yuran. Kali ini, kelas ini diadakan selama 1 jam seminggu selama sebulan dan saya gembira untuk meluangkan masa bersama pelajar untuk mendalami aspek budaya, lagu tradisional dan juga teknik bermain sape. Saya tidak mahu orang belajar sape hanya kerana ianya merupakan alat muzik yang ekzotik. Saya berharap agar mereka yang mahu belajar sape turun belajar mengenai betapa signifikannya sape ini, belajar menghayati lagu lagu dan juga komuniti asalnya sape ini ” kata Mathew.

” Kami sangat berbangga untuk bekerjasama dengan bakat seperti Mathew. Untuk membantu beliau dan komuniti untuk merealisasikan misi bagi memastikan tradisi dan budaya Kenyah dan Orang Ulu dikongsi kepada dunia. Disamping itu, seni menghasilkan dan bermain alat muzik Sape diperlihara, serta dipamerkan dengan kaedah yang betul. Ianya amat penting dalam misi ini. Sebagau sebuah perusahaan sosial, amat penting bagi kami memastikan keterlansungan bukan sahaja untuk Mathew, tetapi juga untuk pengamal seni tradisional dan komuniti yang kami wakili dalam jangka masa panjang “, kata Juvita Wan yang merupakan pengasas bersama The Tuyang Initiative.

Kini Anda Boleh Pelajari Cara Bermain Sape Dari Raja Sape, Mathew Ngau Jau

Selain dari mengajar Sape, yang beliau impikan untuk dipromosikan ke seluruh malaysia dan ke seluruh dunia, Mathew bersama sama The Tuyang Initiative juga akan bekerjasama dalam mereka bentuk bengkel dan persembahan yang akan menunjukkan keunikan tradisi, seni dan budaya Orang Ulu. Mereka juga akan memastikan format yang dihasilkan akan mempunyai nilai pembelajaran dan juga hiburan yang tinggi. Antara pelan utama yang akan mereka laksanakan adalah pertunjukan dan pameran pada bulan Ogos di dua festival yang mereka telah dijemput, iaitu di Hokkaido, Jepun dan juga Kuala Lumpur.

Untuk maklumat lanjut mengenai kelas sape Mathew Ngau Jau, anda boleh ikuti beliau di laman facebook : Mathew Ngau Jau

 

Leave a Reply

Loading…

Berminat Untuk Memiliki Rumah PR1MA? Hadir ke Vivacity Megamall Bermula Jumaat Ini

Berminat Untuk Memiliki Rumah PR1MA? Hadir ke Vivacity Megamall Bermula Jumaat Ini

Ini 3 Event Yang Sangat Menarik Di Kuching Untuk Hujung Minggu Ini

Ini 3 Event Yang Sangat Menarik Di Kuching Untuk Hujung Minggu Ini