Our Local Story

Kini Anda Boleh Belajar Dialek Melayu Sarawak Secara Atas Talian Dengan Percuma

bahasa sarawak online

Kini Anda Boleh Belajar Dialek Melayu Sarawak Secara Atas Talian Dengan Percuma

Universiti Malaysia Sarawak menawarkan lebih daripada 10 kursus percuma atas talian melalui inisiatif UNIMAS Massive Open Online Courses .

Inisiatif ini adalah hasil kerjasama UNIMAS dan openlearning.com dan menariknya, terdapat kursus Dialek Bahasa Melayu Sarawak secara percuma! Ini adalah berita baik bagi individu yang dari dahulu berminat untuk mempelajari bahasa melayu sarawak tetapi tiada panduan.

Dipetik dari laman sesawang UNIMAS MOOC :

Kursus ini menerangkan asas kosa kata Dialek Melayu Sarawak (DMS). Pelajar akan menghuraikan beberapa aspek kosa kata dalam DMS yang digunakan untuk memperkenalkan diri, ungkapan seharian, ganti nama, makanan, pekerjaan dan hobi. Dalam kursus ini juga pelajar akan mengaplikasikan kosa kata DMS dalam pelbagai konteks pertuturan.

Objektif kursus ini adalah :

1. Menerangkan asas kosa kata Dialek Melayu Sarawak.

2. Menghuraikan beberapa aspek kosa kata dalam DMS yang digunakan untuk memperkenalkan diri, ungkapan seharian, ganti nama dan pekerjaan.

3. Mengaplikasikan kosa kata DMS dan nilai-nilai murni dalam pelbagai konteks sosiobudaya untuk pembelajaran sepanjang hayat.

Tahniah dan terima kasih buat Universiti Malaysia Sarawak kerana melancarkan inisiatif ini, sejajar dengan kemajuan teknologi dan pembelajaran tanpa sempadan. Mungkin satu hari nanti kita akan dapat melihat lebih banyak kursus kursus dialek dan bahasa lain.

 

 

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami