fbpx
Our Local Story

Kerajaan Sedang Mempertimbangkan Untuk Wajibkan Pelitup Muka – PM

Perkara itu dimaklumkan ketika perutusan khas sebentar tadi

Kerajaan Sedang Mempertimbangkan Untuk Wajibkan Pelitup Muka – PM. Kerajaan Malaysia kini sedang mempertimbangkan untuk mewajibkan penggunaan pelitup muka.

Menurut beliau sebentar tadi, pihak kerajaan Malaysia kini sedang mengkaji perkara tersebut secara lebih mendalam.

Beliau turut menasihati agar keseluruhan rakyat Malaysia mengambil kawalan kendiri dengan serius dan saling ingat mengingati mengenai penggunaan pelitup muka bagi kebaikan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

Dalam sidang media tersebut juga, Perdana Menteri Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih buat rakyat Malaysia yang telah bekerjasama dengan baik setakat ini dalam melandaikan rantaian jangkitan.

Beliau juga turut memaklumkan beberapa progres dan inisiatif kerajaan yang telah dan sedang dijalankan.

Antaranya adalah beliau memaklumkan bahawa 65 peratus isi rumah di Malaysia menerima manfaat daripada moratorium bank selama 6 bulan setakat ini.

Ekonomi negara juga difahamkan telah semakin rancak selepas PKPP diadakan dan dijangka ekonomi negara akan beransur pulih dengan lebih cepat.

RM11.14 billion juga telah disalurkan kepada seramai sekitar 10.4 juta orang penerima bantuan PRIHATIN setakat ini.

Selain itu, 6.7 juta rakyat Malaysia juga telah menerima faedah daripada subsidi upah yang telah diumumkan sebelum ini. Ini secara tidak langsung membantu rakyat Malaysia dari kehilangan pekerjaan dan juga turut membantu majikan yang terbeban.

Setakat ini juga sebanyak 1.4 juta orang pemandu E-Hailing turut mendapat bantuan daripada kerajaan. 18ribu peniaga mikro dan PKS juga telah mendapat bantuan pakej ransangan.

7 ribu orang pula menerima kemudahan kredit mikro BSN manakala lebih 23 ribu orang pula telah menerima bantuan TEKUN yang keseluruhannya bernilai RM177 juta.

Perdana Menteri juga mengingatkan keseluruhan rakyat Malaysia supaya jangan alpa dan sentiasa mengamalkan kawalan kendiri bagi memastikan negara kita pulih seperti biasa.

Baca juga artikel lain yang trending hari ini :

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close