Our Local Story

Kerajaan Sarawak Kini Bersedia Untuk Mentransformasikan Bas Di Kuching

sbst bus kch

Kerajaan Sarawak Kini Bersedia Untuk Mentransformasikan Bas Di Kuching 

Program Transformasi Bas di Kuching yang dipanggil sebagai Stage Bus Service Transformation akan bermula tidak lama lagi. Dengan bajet sebanyak RM45 juta setahun dari kerajaan dan RM150 juta dari Konsortium BKK Sdn Bhd yang dibentuk bersama oleh Bau Transport Company Sdn Bhd, Biaramas Express Sdn Bhd, Petra Jaya Transport (Sarawak) Sdn Bhd, City Public Link Bus Service Sdn Bhd dan Sarawak Transport Company Bhd , projek ini akan menyediakan servis yang jauh lebih baik daripada servis sebelumnya.

Projek ini kini dalam peringkat akhir, menunggu lampu hijau terakhir dari Kementerian Kewangan Malaysia. Skala projek ini amat besar dengan 116 buah bas baru akan disediakan untuk pengguna.

Ini ringkasan mengenai Projek SBST di Kuching :

  • 116 buah bas baru
  • 4 zon yang meliputi Kuching – Samarahan
  • Tambang di Zon 1 hanya RM1 dan hanya mencecah RM4 sehingga Zon 4
  • Model bas yang digunakan adalah sama dengan bas yang terdapat di Singapura
  • Bas-bas baru ini dipanggil sebagai CATbus ( City Area Transit Bus )
  • 5 CCTV di dalam setiap bas dan ibu bapa boleh mendapatkan footage anak anak mereka dengan bayaran yang minimal.
  • Mesra OKU

Sekiranya projek ini berjaya dan berjalan lancar di Kuching dan Samarahan, ianya akan diperluaskan ke seluruh negeri Sarawak. Kerajaan juga berharap agar kesesakan jalan raya di Kuching akan dikurangkan dengan kehadiran pengangkutan awam yang lebih efisien.

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami