fbpx
Our Local Story

Kerajaan Cadang Pembelian Online Dikenakan Caj Perkhidmatan Sebanyak 0.02%

Cadangan tersebut diutarakan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Kerajaan Cadang Pembelian Online Dikenakan Caj Perkhidmatan Sebanyak 0.02%. Pada masa kini, pembelian secara atas talian atau online bukan lagi sebuah alternatif untuk mendapatkan produk atau perkhidmatan yang anda inginkan.

Sebaliknya, ia mula menjadi platform utama rakyat untuk membeli belah memandangkan situasi pandemik kini memaksa orang ramai untuk sentiasa berhati-hati dan mengamalkan penjarakan fizikal.

Rancang kenakan caj jika beli barangan dari Shopee atau Lazada

Terbaharu, kerajaan Malaysia menerusi Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin memberi cadangan untuk mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 0.02% ke atas setiap pembelian online termasuklah seperti di platform Lazada dan Shopee.

Kerajaan Cadang Pembelian Online Dikenakan Caj Perkhidmatan Sebanyak 0.02%
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Program Komuniti @ Merdeka di Pengkalan Petah, Bachok, Kelantan hari ini.

Walau bagaimanapun, cadangan tersebut masih di peringkat perbincangan dalaman kementerian dan belum dibentangkan.

Ia juga dikatakan merupakan salah satu cara untuk mencari sumber pendapatan yang tidak memberi beban kepada rakyat.

Hmmm.

Hasil caj untuk bantu mantapkan sistem keselamatan siber negara

Tambahan pula, cas yang dikutip itu nanti akan dimanfaatkan untuk menambah baik sistem keselamatan komunikasi, mengelakkan aktiviti scammer secara berleluasa serta meningkatkan sekuriti terhadap pencerobohan siber.

Seperti yang anda sedia maklum, pembelian barangan di kedai atau premis dikenakan cukai barangan dan perkhidmatan seperti GST dan SST sebelum ini.

Kerajaan Cadang Pembelian Online Dikenakan Caj Perkhidmatan Sebanyak 0.02%
Kerajaan Cadang Pembelian Online Dikenakan Caj Perkhidmatan Sebanyak 0.02%

Menurut Zahidi, idea untuk mengenakan caj perkhidmatan ini muncul disebabkan pembelian online buat masa ini tidak mengenakan apa-apa caj sepertimana pembelian di kedai fizikal. Ketiadaan caj perkhidmatan untuk pembelian online ini menyebabkan hasil kerajaan sedikit tertiris serta mengalami kerugian dari situ.

Malah, disebabkan urusan pengenalan cukai memerlukan kelulusan Parlimen dan agak rumit, maka cadangan untuk mengenakan caj perkhidmatan ini adalah yang paling sesuai.

Contoh caj perkhidmatan jika benar ia dilaksanakan

Sebagai contoh caj perkhidmatan ini, jika anda membeli barangan untuk sebuah transaksi sebanyak RM 1,000, maka anda akan dikenakan caj perkhidmatan sebanyak 20 sen.

Tambah Zahidi lagi, pihak kerajaan dan rakyat perlu bekerjasama untuk membanteras ketirisan maklumat serta meningkatkan sistem keselamatan siber negara memandangkan isu ini semakin berleluasa di peringkat global.

Apa pendapat anda tentang cadangan ini? Adakah anda bersetuju atau sebaliknya?

Selain itu, baca juga artikel berkaitan :

Artikel Berkaitan

Back to top button