Our Local Story

Kenapa Saya Pilih Untuk Pindah Keluar Dari Kuching

Kenapa Saya Pilih Untuk Pindah Keluar Dari Kuching

Kenapa Saya Pilih Untuk Pindah Keluar Dari Kuching

Saya dilahirkan dan dibesarkan di Kuching sepanjang hidup saya. Ketika berusia 25 tahun, saya telah mengambil keputusan untuk berpindah ke Pulau Pinang.

Kenapa Saya Pilih Untuk Pindah Keluar Dari Kuching

Setelah habis STPM saya melanjutkan pengajian ijazah sarjana muda di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. Semasa tahun kedua di USM, saya mula tertarik dengan Pulau Mutiara ini. Saya masih ingat lagi dialog antara saya dan coursemate saya dari Sabah. Dia sedang membuat countdown hari kami graduate dan berkata dia tidak sabar untuk habis belajar. Saya pula memberitahu dia yang saya ingin bekerja di Pulau Pinang.

Kenapa Saya Pilih Untuk Pindah Keluar Dari Kuching

Selepas graduate saya mula mencari peluang untuk bekerja di Pulau Pinang. Namun saya padamkan dulu niat saya. Terasa berat mulut untuk memberitahu kedua orang tua bahawa anak bongsu mereka ingin keluar dari Kuching setelah 3 tahun belajar di negeri orang.

Minggu selepas saya habis belajar di USM saya menerima tawaran kerja sebagai penulis skrip di sebuah syarikat produksi di Kuching. Saya pun bersetuju kerana kerja itu project-based. Maknanya sebaik saja habis projek ini saya berniat untuk kembali ke Pulau Pinang. Sepanjang saya berada di syarikat itu saya belajar membuat dokumentari dan video, satu pengalaman yang sangat seronok. Namun projek yang dianggar berlangsung 2 bulan berlanjutan sehingga setahun. Jadi terpaksalah saya tangguh cita-cita nak pindah.

Apabila projek dokumentari selesai, saya mula mencari kerja di Pulau Pinang. Prospek pekerjaan di Pulau Pinang pada masa itu tidaklah banyak sebagai penulis skrip atau apa-apa kerja yang berkaitan dengan penulisan. Setelah 3 bulan ‘menanam anggur’, akhirnya saya dapat tawaran kerja di George Town sebagai copywriter.

Berpindah dari tempat di mana saya membesar sejak lahir bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilakukan, lebih-lebih lagi sebagai seorang anak bongsu perempuan. Sebagai seorang wanita, segelintir orang di sekeliling saya tertanya-tanya kenapa saya keluar dari Kuching untuk bekerja. Ada yang anggap kerana mengikut teman lelaki. Yang lucunya ada yang anggap nak elak dari bekas teman lelaki (Aihhh nak kata pompuan sikleh ada kehendak dirik kah, mok sebab laki juak).

Sebagai perantau, bukanlah satu perkara yang mudah untuk tinggal jauh dari Kuching. Paling perit apabila tiba hujung minggu. Semasa scroll newsfeed di Facebook, kawan-kawan di Kuching mula upload gambar laksa Sarawak untuk sarapan (mahwa nangga)

Walau bagaimanapun, dengan izin-Nya, Alhamdulillah tahun ini ialah tahun ke-4 saya bekerja di pulau ini. Berikut ialah kenapa saya pilih untuk pindah keluar dari Kuching.

Kenapa Saya Pilih Untuk Pindah Keluar Dari Kuching
1. Jatuh cinta
Bukan jatuh cinta dengan lelaki ya, tetapi jatuh cinta dengan Pulau Pinang dari dahulu lagi. Mengapa saya kata begitu? Suasana Pulau Pinang sangat ideal dengan saya. Kedai-kedai lama dan masyarakat majmuknya terasa sangat familiar seperti another Kuching, tetapi versi yang lebih padat, lebih banyak kereta dan lebih panas (pukul 7 pagi pun dah start berpeluh).

Atmosphere George Town ada soul. Jika berjalan di Little India mesti terasa nak menari tengah jalan sebab lagu Bollywood yang dimainkan di kedai-kedai rancak sekali. Paling best bila berjalan-jalan di kaki lima atau lorong rumah kedai. Di sini akan terjumpa orang yang membuat bisnes tradisional seperti pembaiki beca, penjual jubin antik dan pembuat kasut Nyonya. On a lucky day, terserempak pulak dengan kedai makanan yang sedap (dan sik penuh ngan pelancong yay) di lorong tersembunyi.

George Town ialah sistercity kepada Kuching. Masyarakat Cina pula bertutur dalam Hokkien. Kadang-kadang bila order makanan dan minuman di George Town terasa seperti berada di Kuching.Kesemua inilah faktor-faktor yang membuat saya rasa saya selesa dan mudah blend in dengan persekitaran Pulau Pinang. Lebih-lebih lagi pulau ini syurga makanan, so that sealed the deal for me.

2. Belajar berdikari
Sememangnya lebih mudah untuk jimat duit jika kita tinggal bersama ibu bapa. Bil api aek semua kenak tanggung. Namun disebabkan keselesaan inilah saya ada keinginan yang kuat untuk keluar dari comfort zone.Saya ingin belajar menjadi seorang dewasa yang mampu support sendiri, mengumpul duit dan membina kerjaya. Rasa puas dan bermakna apabila kita berjaya membuat sesuatu dari hasil usaha sendiri.

3. Kuching sangat laidback
Kelebihan Kuching terletak pada saiznya yang kecil dan sifat yang laidback. Masa pun seakan-akan bergerak lambat sedikit dari tempat lain. Namun hidup di Kuching terlalu laidback bagi saya untuk berada dalam working mode. Saya perlu berada di bandar yang bergerak pada pace yang lebih pantas.

4. Faktor ‘liveability
Saya telah memilih Pulau Pinang kerana saiznya yang sederhana dan hidup di pulau ini tidak sesibuk bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur atau Singapura. Survival rate saya rasa lebih baik berbanding jika saya berpindah ke Kuala Lumpur kerana saya tahu saya tidak akan dapat tahan bekerja di bandar besar yang sentiasa hectic.

Sungguhpun George Town ialah bandar tetapi kota ini berjalan pada pace yang sederhana. Masih ada masa lapang untuk relax dan cafe/nasi kandar hopping pada hari bekerja. Juga tiada tol (kecuali kalau masuk pulau dari Seberang Prai). Semua tempat di pulau dapat sampai dalam sejam (tapi mun ada traffic jam nang sik bergerak lah keta).

Jadi, 4 sebab di atas ialah sebab saya membuat keputusan untuk berpindah dari Kuching. Berpindah bukannya bererti tidak mengenang budi negeri sendiri. Walaupun jauh, Kuching sentiasa dekat di hati (ayat cliché, tapi mena bah).

Usia yang muda merupakan masa yang terbaik untuk merantau, melihat, dan hidup di tempat lain. Bagi saya, sekiranya saya tidak keluar sekarang, lebih sukar untuk saya keluar dari negeri kelak apabila tanggungjawab dan tanggungan semakin bertambah.

Hasrat saya berpindah keluar dari Kuching lebih menjurus kepada personal growth daripada career growth. Apabila difikir balik, saya rasa tidak kesal dengan keputusan saya untuk keluar. Terlalu banyak ilmu dan pengalaman yang saya pelajari yang saya tidak dapat peroleh sekiranya tidak berpindah dari rumah.

Saya sering ditanya jika saya ada keinginan untuk pulang ke Kuching. Buat masa sekarang saya masih ingin bekerja di Pulau Pinang. Mungkin pada satu hari nanti sekiranya ada peluang baik saya akan kembali ke Kuching dan berkhidmat di bandaraya tercinta. Kerana sejauh-jauh kita merantau pun, there is no place like home.

Ini adalah cerita kenapa saya pilih untuk pindah keluar dari Kuching. Adakah anda punyai sebab yang sama seperti saya? Kongsikan pengalaman dan pendapat anda di ruang komen di bawah.

Baca juga artikel kami di sini : Kenapa Saya Pilih Untuk Kembali Ke Kuching

Related posts
Our Local Story

Sarawak Pay Nak Berik Handphone Free Sempena Agenda OKSHE. Tok Caranya

Our Local Story

Grab Food Bakal Meluaskan Perkhidmatan Mereka Ke Kuching

Our Local Story

Cacian Netizen Terhadap Peniaga Pakistan Di Bau Menjengkelkan

Our Local Story

Permohonan Biasiswa Sarawak Energy 2019 Kini Dibuka

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami