Our Local Story

Kenapa Saya Pilih Untuk Kembali Ke Kuching

Pelayar Dari Australia Ini Kongsikan Mengapa Beliau Cintakan Kuching

Kenapa Saya Pilih Untuk Kembali Ke Kuching

Saya dilahirkan di Kuching, membesar di sebuah kampung bandar di Kuching, bersekolah rendah di Kuching sebelum meninggalkan Kuching ketika berusia 13 tahun untuk ke bersekolah di Semenanjung Malaysia.

Saya menghabiskan masa remaja di tempat orang lain, mempunyai lebih ramai kawan di tempat orang lain yang secara tidak langsung menjadi zon selesa untuk saya. Sampai satu tahap, ketika cuti saya langsung tidak ada eagerness untuk kembali ke Kuching untuk tempoh yang lama. Cukup sekadar berjumpa keluarga dan itu sahaja, tidak ada keinginan untuk melakukan perkara lain. Langsung tidak pernah saya terfikir untuk kembali ke Kuching for good, untuk bekerja atau menubuhkan perniagaan.

Kenapa Saya Pilih Untuk Kembali Ke Kuching

Nature kerja dan circle saya yang performance driven, akhirnya membuatkan saya berfikir untuk meninggalkan zon selesa di tempat orang. Saya masih ingat pada satu malam selepas keluar makan malam bersama rakan, saya kembali ke rumah sewa dan secara random melakukan carian di Google mengenai Kuching. Akhirnya tidak lama kemudian, saya tinggalkan zon selesa di tempat orang dan kembali ke Kuching.

3 BULAN. 

Itu masa yang saya ambil sebelum mula melakukan sesuatu di Kuching. Saya perlu mula dari bawah dan mencari idea ‘apa nak dipolah di Kuching tok‘. Ya, tidak senang. Saya lakukan pelbagai jenis survey, bertanya dengan pelbagai jenis orang dan conclusion yang saya boleh lakukan adalah Kuching adalah bandar yang sangat laidback dan tidak semua benda yang ada di bandaraya besar yang lain kita boleh bawa ke Kuching. Tidak semudah itu kerana Kuching merupakan bandar yang sangat kecil, kurang dari 1 juta penduduk dalam satu radius yang besar.

Akhirnya saya pilih untuk memulakan perniagaan sendiri. Dipendekkan cerita pula sudah bertahun juga saya kembali ke Bandaraya Kuching. Jadi dalam artikel ini, saya kongsikan kepada anda kenapa saya pilih untuk kembali ke Kuching.

  1. Tidak padat dan masih ada ‘ruang’ untuk ‘bernafas’

Saya pernah tinggal di beberapa bandaraya besar yang lain seperti Lembah Klang dan juga Singapura. Ya, mereka lebih maju secara fizikal, punyai ‘talentpool‘ yang lebih besar dari kita, sangat adaptive kepada teknologi dan meritocracy driven. Tapi kepadatan dan ‘fast pace‘ menjadikan saya rasa kekurangan sense of community. Apabila kembali ke Kuching, kesesakan jalan raya tidaklah seteruk mereka dan saya masih rasa ada ruang untuk saya chill dan tidak begitu fast pace. Saya ambil masa untuk adapt pada culture kita yang sangat laidback tetapi bagi saya, secara positifnya budaya laidback ini menjadikan Kuching sangat berbeza dengan tempat lain.

2. Lebih mudah untuk  menonjolkan diri

Kita sedia maklum bahawa young talent in Sarawak will normally just leave the state. Sebabnya adalah mudah kerana terdapat lebih banyak peluang diluar sana yang boleh mereka ambil. I was there once, dan tidak dinafikan bahawa peluang di tempat lain adalah lebih banyak, dan lebih baik. Lebih lebih lagi jika anda mementingkan career development. Namun begitu, jika anda mempunyai kelebihan tertentu, adalah lebih mudah untuk anda menonjolkan diri. Secara tidak langsung, anda juga boleh berkongsi ilmu dengan orang tempatan  Anda juga boleh menubuhkan komuniti yang berkongsi minat dengan anda dan mula untuk melakukan aktiviti.

3. Masyarakat majmuk dan kurang memilih bulu

Kuching adalah City Of Unity. Sangat biasa untuk kita lihat pelbagai kaum duduk lepak bersama dan sebagainya. Bandar bandar lain seperti Georgetown, Ipoh dan sebagainya juga berkongsi sentimen yang sama. Berdasarkan pengalaman saya di Kuching pula, saya dapati kita kurang memilih ‘bulu’ (bahasa kasar sik racist lah, ada nang ada tapi masih boleh bertoleransi). Kehidupan seharian saya kini evolving around diverse community . Cina, Melayu, Mat Saleh, kesemuanya ada. Soal kaum jarang dibangkitkan walaupun saya merupakan kaum yang dikatakan mempunyai pelbagai kelebihan di Malaysia. Positive vibe ini secara tidak langsung menjadikan saya kembali jatuh cinta pada Bandaraya Kuching.

4. Peluang perniagaan ada, tapi anda perlu fikirkan localisation dan selesaikan masalah

Apabila memulakan perniagaan, saya rasa sangat excited. Pelbagai benda saya ingin lakukan, sampai satu tahap adalah sangat common untuk saya tidak tidur selama 2 hari. Kata orang, pengalaman mendewasakan kita dan dari situ saya belajar bahawa jika kita ingin mulakan perniagaan di Kuching, pastikan kita localisekan perniagaan tersebut dan jadikan ianya fit in dengan masyarakat kita. Pastikan juga, kita selesaikan masalah. Populasi Kuching yang sangat diverse (good mixture of every major races) pula menjadi sangat tricky untuk kita lakukan cross race marketing. Ada demand dari warga Kuching sendiri untuk perkara perkara yang kita tidak ada di Kuching, tetapi ada di bandaraya besar yang lain. Untuk kes ini, saya ambil contoh UBER dan Grab

Apabila UBER mula mula dilancarkan, ramai yang skeptikal mengenai mereka. Bahkan, ada kenalan saya sendiri mengatakan ‘sik lamak UBER di Kuching tok, orang Kuching semua driving‘. Realitinya, apabila saya menggunakan UBER di Kuching dan bertanya pada pemandu UBER, mereka kata pendapatan sebagai pemandu UBER di Kuching adalah ‘boleh tahan’. Jika mereka memandu full time, secara puratanya ada dalam sekitar RM100-RM150 bersih pendapatan mereka sehari. Ini bermakna, ada demand untuk perniagaan teknologi seperti ini. Sejak bulan mac yang lepas pula, Grab memulakan operasi GrabCar di Kuching.

Secara tidak langsung, ianya menandakan bahawa ada banyak peluang yang lain selain dari perniagaan tradisional dan brick and mortar di Kuching. Sedar tidak sedar pula, sudah ada beberapa servis penghantaran makanan di Kuching yang anda boleh tempah secara atas talian (menggunakan website).

5. Kos sara hidup yang lebih rendah kerana kurang tempat untuk membuang duit

Bila saya kaji kembali kos sara hidup saya di Kuching, saya sedar bahawa saya kurang berbelanja di Kuching. Tiada TOL di Kuching, jarak dari point A ke point B pula biasanya kurang dari 1 jam. Paling best bagi saya, tidak banyak tempat untuk saya membuang duit hahaha. Kerana kesibukan saya seharian, saya jarang ada masa untuk berlibur, tapi jika ada masa untuk berlibur, kebiasaanya saya clueless. Paling-paling pun saya akan pergi menonton wayang atau pergi hiking(free jak) atau melawat nenek di kampung. Jika tinggal di Lembah Klang pula, terlalu banyak dugaan hiburan dan aktiviti yang perlu saya tempuhi dan akhirnya membuatkan saya berbelanja lebih, itu belum cerita bab tol, parking dsb (akit alak dedek)

5 sebab ini adalah sebab utama kenapa saya pilih untuk kembali ke Kuching. Walaupun pendapatan tidak sehebat di tempat lain, bagi saya wang ringgit bukan segalanya. Kembali ke tanah air sendiri dan dapat untuk ‘giveback‘ kepada komuniti adalah satu kepuasan yang lebih dari sekadar wang ringgit.

Pesan saya bagi anda yang masih berkira kira di luar sana, tidak salah untuk anda merantau kerana peluang itu tidak datang bergolek. Tetapi jika anda sudah capai apa yang anda inginkan di dalam hidup, rancang rancanglah untuk kembali berbakti kepada ibu pertiwi.

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami