Our Local Story

Kenapa Kuching Bakal Menjadi Pusat Startup dan Teknologi Di Borneo

Hadir Ke Borneo744 Untuk Nikmati Makanan Dari 9 Kaum Di Sarawak

Kenapa Kuching Bakal Menjadi Pusat Startup dan Teknologi Di Borneo

Dalam kehangatan dunia mengarah kepada dunia teknologi, melahirkan ‘the next Mark Zuckenberg, Elon Musk’ dan sebagainya, Sarawak juga tidak ketinggalan untuk merebut peluang revolusi industri ke 4 tersebut. Fourth Industrial Revolusion secara ringkasnya adalah revolusi digital dimana populasi dunia mengarah ke pada dunia digital, dihubungkan secara digital dan dipacu oleh kemajuan teknologi dan populasi yang mengadaptasi teknologi dalam kehidupan seharian.

Video di bawah sedikit sebanyak menerangkan The Fourth Industrial Revolusion.

Dalam artikel kali ini, kami kongsikan pendapat kami mengapa Kuching bakal menjadi pusat startup dan teknologi di Borneo, dari sudut pandangan kami sendiri.

Seperti yang kita sedia maklum, Ketua Menteri Sarawak iaitu YAB DATUK AMAR ABANG HAJI ABDUL RAHMAN ZOHARI BIN TUN DATUK ABANG HAJI OPENG telah mengumumkan bahawa Ekonomi Digital adalah salah satu daripada fokus Kerajaan Negeri Sarawak.

Kenapa Kuching Bakal Menjadi Pusat Startup dan Teknologi Di Borneo

credit photo : The Star

Dengan usaha kerajaan negeri menaiktaraf infrastruktur ICT dengan menyediakan dana sebanyak RM1 billion untuk menaiktaraf internet Sarawak kepada 2TB, ianya adalah satu langkah yang sangat positif bagi membentuk ekosistem syarikat startups yang berteraskan teknologi.

Kerajaan negeri juga telah memutuskan untuk membina Digital Village yang terletak di Sama Jaya dan juga mengumumkan E-Commerce Transformation Plan untuk belia Sarawak.

Kenapa Kuching Bakal Menjadi Pusat Startup dan Teknologi Di Borneo

credit : Facebook TEGAS

Dengan pihak kerajaan memberi sokongan penuh dari penyediaan infrastruktur, ianya bakal memberi impak yang positif. Seperti yang kita tahu, Kuching juga kini merupakan pilihan untuk golongan digital nomad untuk bekerja sambil melancong.

Baca artikel lama kami di sini : Kuching Kini Jadi Pilihan Golongan Digital Nomad Dari Luar Negara

Bulan lepas juga, sebuah kumpulan usahawan digital dari serata dunia telah memilih Kuching sebagai tempat retreat untuk mereka. Memetik laporan dari The Borneo Post : Pengasas LiveWorkFit, James Hunt berkata :

“A few of them also helped out as mentors during the recent ‘Startup Weekend’ at Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) in Kota Samarahan. There are lots of opportunities for new businesses should the people want to attract digital nomads and entrepreneurs to come here”

“Kuching has a lot going for it versus other places in Thailand or Indonesia, but it needs a little more work and time to make it very attractive. I would urge Sarawakians to support local and visiting entrepreneurs in any way that they can, as it will benefit everyone in the long term,” he said.

Hunt said he ‘personally likes’ Kuching which to him, is a great place and the people are ‘super-friendly’.

James Hunt yang mengasaskan LiveWorkFit tersebut merupakan serial entreprenuer yang mempunyai banyak pengalaman dalam industri teknologi dan pernah menjual sebuah perniagaan beliau dengan nilai jutaan pound sterling.

Beliau juga pernah berkongsi idea dan pengalaman beliau di sebuah sesi di iCube Innovation :

Kenapa Kuching Bakal Menjadi Pusat Startup dan Teknologi Di Borneo

Selain itu, dengan evolusi digital dan penguasaan teknologi juga maka terhasilnya Smart Cane pertama di Asia Tenggara yang dicipta oleh adik beradik yang berasal dari Kuching iaitu Daniel & Stella Vong.

Kami pernah mengeluarkan artikel mengenai mereka di sini :

Anak Sarawak Hasilkan Tongkat Pintar Yang Pertama Di Asia Tenggara

Anak Sarawak Hasilkan Tongkat Pintar Yang Pertama Di Asia Tenggara

Dengan wujudnya warga tempatan yang mempunyai kemahiran menghasilkan sesuatu dan juga kehadiran pakar dari luar negara yang ingin berkongsi pengalaman dan pengetahuan, maka satu ekosistem yang sihat wujud dan memberi peluang kepada perniagaan baru untuk muncul, terutamanya yang berteraskan teknologi dan mempunyai daya saing untuk ke luar negara.

Dalam artikel sebelum ini juga, kami pernah berkongsi :

5 Strategi Ekonomi Digital Dari New Zealand Yang Sarawak Boleh Contohi

Terbaharu, Borneo744 iaitu Bandar Usahawan Pertama Di Malaysia akan memulakan operasi pada 19 Mei ini. Borneo744 yang diumukan oleh Perdana Menteri Malaysia pada GREAT 2016 @ BCCK ini merupakan bengkel lama CMS yang telah dinaiktaraf dan kini merupakan tempat yang sangat hipster!

Anda dijemput hadir ke majilis Soft Launching Borneo 744 pada hari Jumaat ini. Anda boleh semak pautan ini untuk mengesahkan kehadiran anda : Borneo 744 – Soft Launch . Terdapat banyak aktiviti menarik yang bakal diadakan. Kami akan kongsikan lebih lanjut setelah mendapat lebih banyak maklumat.

Kenapa Kuching Bakal Menjadi Pusat Startup dan Teknologi Di Borneo

Malaysian Global Innovation & Creativity Centre juga membuka pejabat satelit mereka di Borneo744 dan menyediakan kemudahan co working space untuk warga Kuching dan Sarawak secara amnya. Mereka juga bakal membawa program program yang dikhususkan untuk memperkasa usahawan di Kuching.

Kenapa Kuching Bakal Menjadi Pusat Startup dan Teknologi Di Borneo Dengan wujudnya sokongan dari kerajaan dan sektor swasta maka satu ekosistem telah wujud di mana ekosistem ini saling melengkapi bagi menjadikan Kuching sebagai sebuah bandar Startup dan Teknologi.

Institusi pendidikan tempatan seperti Universiti Malaysia Sarawak, Swinburne University, i-Cats dan juga Politeknik Kuching juga mempunyai kursus kursus khas yang mempunyai fokus kepada Sains Komputer. Ini adalah penting dalam menghasilkan human capital yang susuai untuk diterapkan ke dalam industri berteraskan teknologi. Kini terpulang pada pemain industri dan juga institusi pendidikan untuk bekerjasama dalam menyiapkan pelajar untuk fit kepada kehendak industri.

Bagi anda yang ingin tahu cara untuk memanfaatkan ekonomi digital anda boleh baca artikel lama kami di sini :

Bagaimana Rakyat Sarawak Boleh Manfaatkan Ekonomi Digital

Adakah anda bersedia untuk menceburkan diri ke dunia startups dan teknologi? Kongsikan pendapat anda di ruang komen di bawah!

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami