Our Local Story

Kenali Borneo744, Bandar Usahawan Pertama Di Malaysia

Kenapa Kuching Bakal Menjadi Pusat Startup dan Teknologi Di Borneo

Pernahkah anda gunakan servis startup seperti Grab atau AirBnB dan terfikir, “Best eh idea sidak. Aku pun ingin nak bina startup. Macam Mark Zuckerberg.” Kini anda berpeluang untuk membina startup sendiri di Borneo744.

Kenali Borneo744, Bandar Usahawan Pertama Di Malaysia

Mulai tahun 2018, kerajaan negeri Sarawak memperuntukkan RM10 juta setahun bagi menyokong sesiapa yang ada projek startup. Jadi, kes sikda modal tidak akan menjadi masalah kepada anda yang ingin memulakan startup.

Menurut pengurus besar Borneo744 Syed Amierul Asyraf, anda dialu-alukan untuk mencuba membina startup di Borneo744 dengan bantuan MaGIC.

 

Kenali Borneo744, Bandar Usahawan Pertama Di Malaysia

Bukan Magic tok ah

Kenali Borneo744, Bandar Usahawan Pertama Di Malaysia

Ta-dah! MaGIC tok

MaGIC atau Malaysian Global Innovation & Creativity Centre ialah sebuah agensi di bawah Menteri Kewangan yang memberi panduan tentang dunia startup. Mereka telah membuka pejabat satelit di Borneo744 dan akan membawa program-program yang khusus untuk membantu usahawan di Kuching. Ingin nak tahu lebih lanjut tentang MaGIC? Boleh klik di sini.

Kata Amierul ketika dihubungi ilovekch.com, “Jika anda mempunyai idea kasar, MaGIC akan memberi bimbingan dari peringkat idea, ke prototaip, ke sesi mentorship, ke peringkat pengesahan sehingga idea itu bersedia untuk dipasarkan.”

Kenali Borneo744, Bandar Usahawan Pertama Di Malaysia

Photo credit to Jee Photography

“Semasa saya muda saya ingin membuat banyak benda tetapi pada masa itu belum ada platform yang sesuai. Orang di sekeliling saya hanya dapat memberi nasihat supaya saya pergi ke luar negara. Itulah matlamat Borneo744 iaitu tempat untuk orang yang ingin mencuba mengembangkan idea mereka.”

Amierul berkata matlamat jangka panjang Borneo744 adalah untuk menjadi satu kilang janaan idea yang memberi manfaat kepada komuniti Kuching.

Dalam masa terdekat, beliau mahu seramai mungkin untuk mengenali Borneo744 serta mengetahui bantuan dan kemudahan yang disediakan seperti kemudahan co-working space dan program-program komuniti.

Kenali Borneo744, Bandar Usahawan Pertama Di Malaysia

Sebagai Bandar Usahawan Laut Biru (Blue Ocean Entrepreneurship Township) yang pertama di Malaysia, Borneo744 dibuka untuk membantu usahawan muda membina idea yang mempunyai niche tersendiri.

Blue ocean bererti pasaran yang tiada saingan,” jelas Amierul. “Sebahagian besar usahawan muda yang mencari idea bisnes mungkin mengehadkan diri kepada cetakan T-shirt atau jual burger. Bisnes seperti ini mempunyai peluang kecil untuk survive dalam pasaran yang terlalu banyak saingan.”

“Kami mengalu-alukan mereka yang mencari idea untuk datang ke Borneo744 kerana tempat ini ialah kilang idea. Jadi jika anda masih tidak mempunyai idea atau was-was tentang idea anda, datanglah ke Borneo744. Kami ada fasiliti lengkap untuk membantu anda.”

Jadi jika sebelum ini anda selalu impikan untuk menjadi pengasas startup berjaya seperti Mark Zuckerberg, rebutlah peluang keemasan ini dan mulakan perjalanan startup anda di Borneo744.

Bagi anda yang masih tertanya-tanya jika masa ini sesuai untuk anda menceburi dalam dunia startup, bacalah artikel lama kami di sini :

Kenapa Kuching Bakal Menjadi Pusat Startup Dan Teknologi Di Borneo

p/s : Pada Ahad, 18 Julai 2017 akan diadakan #sungkeylua di Borneo744. Bagi anda yang ingin dapatkan maklumat lanjut mengenai Borneo744 dan melawat tempat tersebut, anda disarankan untuk hadir ke #sungkeylua! Ada banyak aktiviti menarik yang diadakan! Anda boleh dapatkan maklumat lanjut di laman facebook borneo744

Kenali Borneo744, Bandar Usahawan Pertama Di Malaysia

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami