in

Kenali BEACON : Projek Pemeliharaan Marin Di Sarawak

Kenali BEACON : Projek Pemeliharaan Marin Di Sarawak

Kenali BEACON : Projek Pemeliharaan Marin Di Sarawak

BEACON, atau nama sebenarnya Biodiversity, Environmental and Conservation Project adalah sebuah projek corporate social responsibility oleh Malaysia LNG Group of Companies dengan kerjasama Sarawak Forestry Corporation Sdn Bhd.

Konsep projek ini dimulakan sejak tahun 2012 lagi dengan bertujuan untuk memelihara kehidupan marin di Bintulu melalui cara cara yang proaktif dengan menjaga dan memelihara ekosistem.

Pada tahun 2016, Malaysia LNG Group Of Companies telah menambah lagi sebanyak RM4 juta untuk membangunkan Beacon Project Interpretation Centre di Taman Negara Similajau yang merupakan kawasan rizab seluas 9000 hektar yang terletak 30km dari Pusat Bandar Bintulu.

Semenjak Projek BEACON dijalankan dari tahun 2013, ianya telah memberi impak yang sangat besar dengan 1500 bebola karang telah dilepaskan di lautan di sekitar Taman Negara Similajau untuk mencipta laluan bagi penyu dan juga bagi menghalang pukat tunda di kawasan yang dilindungi.

Selain itu, sebanyak 762 telur penyu telah dijumpai di sekitar Taman Negara Similajau. Lebih menarik mengenai projek ini, ianya dibantu oleh sukarelawan yang merupakan pekerja MLNG yang terlatih bagi tujuan pemantauan bebola karang dan sebagainya.

Facebook Comments
Ketua PKR Sarawak Terkejut Kenyataan James Masing Tentang Rezab

Ketua PKR Sarawak Terkejut Kenyataan James Masing Tentang Rezab

2 Lelaki Dari Sarawak Direman Berhubung Projek Solar Sekolah Di Pedalaman

2 Lelaki Dari Sarawak Direman Berhubung Projek Solar Sekolah Di Pedalaman