fbpx
Our Local Story

Kena Tegur Lepak Di 101 Premier, Gadis Muslim Ini Sekolahkan Rakannya Yang Rasis

Haaa… ada juak orang berfikiran camtok oh!

Kena Tegur Lepak Di 101 Premier, Gadis Muslim Ini Sekolahkan Rakannya Yang Rasis. Seorang gadis yang beragama Muslim kongsikan sekeping tangkap layar menerusi Facebook, menunjukkan perbualan antara beliau dan rakannya yang menegur beliau kerana berlepak di 101 Premier.

Gambar tersebut telah dikongsi sebanyak 1.3k kali semasa penulisan dan mengundang kecaman netizen terhadap rakannya itu serta memuji gadis itu yang mempertahankan dirinya.

Kena Tegur Lepak Di 101 Premier, Gadis Muslim Ini Sekolahkan Rakannya Yang Rasis
Kena Tegur Lepak Di 101 Premier, Gadis Muslim Ini Sekolahkan Rakannya Yang Rasis

“Jangan kata kamu lepak sana,” – rakan

Gambar yang dikongsi oleh Zihah Junaidi menunjukkan rakannya yang tegur beliau lepak di 101 Premier.

Untuk context, 101 Premier ialah sebuah food court di Kuching yang menghidangkan pelbagai jenis makanan termasuk makanan bukan halal. Difahamkan tempat itu sering dikunjungi oleh warga-warga bukan Muslim tetapi kedai makan itu juga mempunyai gerai-gerai yang hidangkan makanan halal.

Kena Tegur Lepak Di 101 Premier, Gadis Muslim Ini Sekolahkan Rakannya Yang Rasis
Zaman sebelum PKP, gais. Kredit: Teaspoon

Berikut adalah tangkap layar perbualan mereka yang dikongsikan oleh beliau.

Kena Tegur Lepak Di 101 Premier, Gadis Muslim Ini Sekolahkan Rakannya Yang Rasis
Kredit: Facebook

Beserta juga kepsyen beliau yang berkata:

“Boleh tanya dengan kawan-kawan bukan seagama aku macam mana cara aku. Duduk satu meja dahulu baru anda boleh nilaikan aku.

Diam di Sarawak kalau tak dapat terima cara orang Sarawak, lebih baik jangan sahaja. Kawan-kawan sayang yang bukan seagama, okay kah kalau tidak berkawan dengan saya?” kata beliau.

Rata-rata netizen lain mengecam rakannya itu dan kongsikan pengalaman mereka yang berkawan dengan sahabat-sahabat bukan seagama dengan mereka.

Kena Tegur Lepak Di 101 Premier, Gadis Muslim Ini Sekolahkan Rakannya Yang Rasis
Kredit: Facebook
Kena Tegur Lepak Di 101 Premier, Gadis Muslim Ini Sekolahkan Rakannya Yang Rasis
Kredit: Facebook
Kena Tegur Lepak Di 101 Premier, Gadis Muslim Ini Sekolahkan Rakannya Yang Rasis
Kredit: Facebook
Kena Tegur Lepak Di 101 Premier, Gadis Muslim Ini Sekolahkan Rakannya Yang Rasis
Kredit: Facebook

Itu lah Sarawak, kena tegur sikit pasal isu sebegini, semua terus turun padang defend – tak kira bangsa atau agama.

Lagi disini:

Artikel Berkaitan

Back to top button