Our Local Story

Kemaruk ‘Salji Kapas’, Netizen Marah Pemandu Letak Kenderaan Sebarangan Di Padang Merdeka

Kemaruk Salji Kapas, Netizen Marah Pemandu Letak Kenderaan Sebarangan Di Padang Merdeka

Kemaruk ‘Salji Kapas’, Netizen Marah Pemandu Letak Kenderaan Sebarangan Di Padang Merdeka

Warga Kuching di media sosial melepaskan rasa geram dan marah terhadap sebilangan pemandu di Kuching yang meletakkan kenderaan mereka sesuka hati di tepi Padang Merdeka petang semalam.

Sesakan lalu lintas itu berpunca apabila orang ramai berpusu-pusu ke Padang Merdeka untuk melihat fenomena ‘salji’ iaitu bunga kapas yang berterbangan dari sebatang pokok kekabu di Padang Merdeka.

Kemaruk 'Salji Kapas', Netizen Marah Pemandu Letak Kenderaan Sebarangan Di Padang Merdeka

Fenomena ‘salji’ di Kuching hasil dari kapas berterbangan dari pokok kekabu di Padang Merdeka (gambar). Kredit: bingregory dari Bin Gregory Productions

Pengguna Twitter @zulhilmiizudin memberi komen: “Orang kita malas berjalan. Biar jem jeraya oleh kereta nya parking sebarang, asalkan nya sik jalan jaoh. Bertuahhhh”

Kemaruk Salji Kapas, Netizen Marah Pemandu Letak Kenderaan Sebarangan Di Padang Merdeka

Pengguna Twitter @hiidrasidi juga menyuarakan rasa tidak puas hatinya: “Mena wakkk… nyumpah aku lalu padang (merdeka)”

Kemaruk Salji Kapas, Netizen Marah Pemandu Letak Kenderaan Sebarangan Di Padang Merdeka

Manakala pengguna Twitter @hdrysf berkata beliau nyaris dilanggar oleh sebuah kereta dek pemandu kenderaan itu terlalu asyik melihat ke arah Padang Merdeka: “kotan nya layap merati ke tengah padang sambil driving tek, sik nya nangga kereta kita masuk lane. nyaris2 mok belantak”

Kemaruk Salji Kapas, Netizen Marah Pemandu Letak Kenderaan Sebarangan Di Padang Merdeka

Media sosial kecoh apabila rakaman video yang dimuat naik oleh Neyta Deran di Facebook memaparkan Kuching dilanda ‘salji’ atau yang sebenarnya bunga kapas yang berterbangan di kawasan sekitar Padang Merdeka.

Bunga kapas berasal daripada pokok kekabu atau pokok kapok, atau dikenali dengan nama saintifinya Ceiba pentandra.

 

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami