fbpx
Our Local Story

Kaut Untung RM1 Juta, 2 Pusat Judi Online Diserbu Di Kuching

Termasuk warga asing

Kaut Untung RM1 Juta, 2 Pusat Judi Online Diserbu Di Kuching. Terkini, dilaporkan sembilan orang disyaki anggota sindiket perjudian online. Lapan daripada bilangan itu merupakan warga asing.

Dua serbuan berasingan dilakukan semalam di Kuching di mana serbuan pertama dilakukan di Stampin Baru manakala serbuan kedua dilakukan di Jalan Sarip Masahor.

3 wanita warga asing ditahan semasa serbuan pertama, manakala 6 orang ditahan semasa serbuan kedua. 5 daripada bilangan itu adalah warga asing dan seorang lelaki warga tempatan.

Kaut Untung RM1 Juta, 2 Pusat Judi Online Diserbu Di Kuching
Kaut Untung RM1 Juta, 2 Pusat Judi Online Diserbu Di Kuching

Mengguna telefon bimbit dan media sosial untuk berhubung dengan penjudi selama 6 bulan

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak Senior Asisten Komisioner Dennis Leong, pihak polis telah menahan lapan pemuda, termasuk lima wanita.

Kumpulan tersebut, berusia 20 – 36 tahun, mengendalikan premis yang berfungsi sebagai pusat panggilan untuk perjudian online.

Dilaporkan untung harian pusat tersebut adalah sebanyak RM10,000 sehari selama 6 bulan.

Beberapa telefon bimbit, komputer dan aksesori lain dirampas semasa serbuan itu.

Polis kini sedang menyiasat transaksi dalam talian dan dalang di sebalik operasi premis berkenaan.

Kaut Untung RM1 Juta, 2 Pusat Judi Online Diserbu Di Kuching
Kaut Untung RM1 Juta, 2 Pusat Judi Online Diserbu Di Kuching.

Baca lagi disini:

Sumber
Harian MetroThe Star

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close