Our Local Story

Kanak Kanak Berusia 13 Tahun Ini Hasilkan Aplikasi Untuk Gantikan Buku Teks

Kanak Kanak Berusia 13 Tahun Ini Hasilkan Aplikasi Untuk Gantikan Buku Teks

Kanak Kanak Berusia 13 Tahun Ini Hasilkan Aplikasi Untuk Gantikan Buku Teks

Kemampuan mencipta aplikasi dan perisian komputer adalah salah satu skill yang sangat penting dalam memacu sesebuah negara untuk menjadi peneraju dalam ekonomi digital.

Hack Weekend KCH 2017 sempena Forum Belia TEGAS 2017 @ BCCK merupakan salah satu platform untuk mengetengahkan bakat bakat tempatan yang berkemampuan untuk menghasilkan aplikasi dan juga perisian komputer ini.

Hack Weekend KCH 2017 dipecahkan pada 2 kategori iaitu Junior & Senior di mana kategori junior adalah untuk mereka yang berusia 17 tahun ke bawah dan senior pula adalah untuk 18 tahun ke atas.

Menariknya untuk Hack Weekend KCH 2017 untuk kategori junior, seorang peserta telah menghasilkan satu aplikasi untuk mendigitalkan buku teks untuk pelajar pelajar sekolah.

Aplikasi yang mendigitalkan peperiksaan dan juga buku teks berjaya mencuit hati ribuan hadirin di Great Hall BCCK. Ketenangan Ahmad Zulfadzli untuk menerangkan kegunaan aplikasi tersebut dalam masa 3 minit juga berjaya menambat hati juri juri yang terdiri dari golongan professional dalam industri IT.

Kanak Kanak Berusia 13 Tahun Ini Hasilkan Aplikasi Untuk Gantikan Buku Teks

Gambaran ringkas Aplikasi yang dicipta oleh Ahmad Zulfadzli

Menariknya juga, Ahmad Zulfadzli hanya memerlukan 2 minggu untuk menghasilkan aplikasi ini, dengan bantuan mentor mentor Hack Weekend KCH.

Beliau juga dinobatkan menjadi juara HackWeekend KCH (Junior), dan memenangi hadiah wang tunai bernilai RM600. Hadiah tersebut disampaikan oleh Yang Berhormat, Ketua Menteri Sarawak selepas Forum Belia TEGAS 2017 yang membincangkan tajuk : ” Transforming Sarawak Through Digital Economy “.

Ahmad Zulfadzli yang baru berusia 13 tahun ini menunjukkan bahawa dengan pendekatan secara akar umbi yang betul, Sarawak juga boleh melahirkan pakar dalam teknologi yang berkait rapat dengan revolusi industri 4.0.

Dengan bantuan dan sokongan dari organisasi seperti TEGAS dan MaGIC , Sarawak boleh menjadi peneraju dan pusat startup di borneo.

Baca juga :

Bagi anda yang ingin menghantar anak anak anda untuk mempelajari asas asas programming , anda boleh pergi ke pautan ini : Codelab Academy Of Young Innovators : Teaching Kids To Code

 

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami