Our Local Story

Kanak-Kanak 7 Tahun Dari Gedong Mangsa Keenam Rabies

Infografik tentang rabies: Kredit: Kementerian Kesihatan Malaysia

Kanak-Kanak 7 Tahun Dari Gedong Mangsa Keenam Rabies

Jabatan Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN) mengesahkan terdapat satu kes baru jangkitan rabies yang telah dikesan di Kampung Kuala, Gedong, Samarahan.

Menurut laporan Astro Awani, kes keenam ialah seorang kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun dari Kampung Kuala, Gedong dan mempunyai sejarah digigit anjing pada 17 Jun.

Dia telah menerima 3 dos suntikan vaksin anti-rabies pada 21, 24 Julai, 28 Julai di Hospital Serian.

Walau bagaimanapun pada 1 Ogos, mangsa mula mengalami demam, batuk dan muntah dan dimasukkan ke wad Hospital Serian.

10 Perkara Mustahak Anda Perlu Tahu Tentang Rabies

Infografik tentang rabies: Kredit: Kementerian Kesihatan Malaysia

Keadaan kanak-kanak itu merosot dengan mengalami perubahan sikap dan halusinasi dan telah dirujuk ke Hospital Umum Sarawak pada 3 Ogos.

Dos keempat telah dijadualkan pada 4 Ogos lalu.

Dia kini menerima rawatan lanjut di Hospital Umum Sarawak dan diberi alat sokongan pernafasan dan berada dalam keadaan kritikal.

Lebih berita : Our Local Story in Kuching

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami