fbpx
More

    “Kami Amat Malu Terhadap Kamu”, Orang Putih Tular Kutip Sampah Di Gunung Santubong

    Why are we asking foreigners to pick our trash in the first place?

    “Kami Amat Malu Terhadap Kamu”, Orang Putih Tular Kutip Sampah Di Gunung Santubong. Terkini, sekeluarga orang putih tular dalam media sosial apabila mereka didedahkan mengutip sampah sambil trek di Gunung Santubong.

    "Kami Amat Malu Terhadap Kamu", Orang Putih Tular Kutip Sampah Di Gunung Santubong
    “Kami Amat Malu Terhadap Kamu”, Orang Putih Tular Kutip Sampah Di Gunung Santubong

    “Kami amat malu kepada kamu,” – Netizen

    Sekeping gambar dikongsi oleh Muhammad Faidzal Brahim menerusi Facebook menunjukkan sepasang orang putih, dimana salah seorang memegang beg plastik yang berisi sampah.

    “Terima kasih diucapkan kepada keluarga dari Hungary yang sukarela mengutip sampah sepanjang trek di Gunung Santubong..kami amat malu kepada kamu kerana sesetengah orang membuang sampah merata2 didalam hutan ini..” kata beliau dalam statusnya.

    "Kami Amat Malu Terhadap Kamu", Orang Putih Tular Kutip Sampah Di Gunung Santubong
    Kredit: Facebook Muhammad Faidzal Brahim

    Tindakan keluarga ini yang ambil inisiatif untuk mengutip sampah sepanjang trek mereka menerima pelbagai reaksi dari netizen tempatan.

    Kebanyakan dari mereka berpendapat mereka rasa malu kerana perkara itu sepatutnya dibuat oleh penduduk tempatan, bukan orang luar.

    Manakala pengamalan pembuangan sampah dalam hutan sepatutnya tidak berlaku.

    Berikut adalah antara kapsyen-kapsyen netizen yang kongsikan gambar tersebut.

    "Kami Amat Malu Kepada Kamu," Sekeluarga Orang Putih Tular Kutip Sampah Di Gunung Santubong
    "Kami Amat Malu Kepada Kamu," Sekeluarga Orang Putih Tular Kutip Sampah Di Gunung Santubong

    “Berapa kali sudah anda jumpa pelancong yang baik hati dan sudi untuk mengutip sampah sepanjang trail di taman-taman negara? Warga Malaysia yang suka buang sampah bawa malu kepada negara sendiri.”

    "Kami Amat Malu Kepada Kamu," Sekeluarga Orang Putih Tular Kutip Sampah Di Gunung Santubong
    "Kami Amat Malu Kepada Kamu," Sekeluarga Orang Putih Tular Kutip Sampah Di Gunung Santubong

    “Sangat menyedihkan, orang bukan Malaysia lebih ada kesedaran sivik.”

    "Kami Amat Malu Kepada Kamu," Sekeluarga Orang Putih Tular Kutip Sampah Di Gunung Santubong

    “Sangat memalukan orang dari negara lain yang datang melancong ke taman-taman negara kita dan kutip sampah sarap yang ditinggalkan oleh kita.”

    Sebagai nasihat, tolong jaga kebersihan anda. Pihak pengurusan taman-taman negara sudah sediakan beberapa buah tong sampah yang khas untuk sampah anda jadi ia bukan alasan untuk anda suka hati jak buang sampah merata-rata dalam hutan.

    Sekiranya tiada tong sampah, jangan buang sampah anda sesuka hati! Apa salah anda pegang sahaja dulu sampah anda, simpan dalam beg buat sementara waktu sehingga anda jumpa sebuah tong sampah, kan?

    Perkara ini bukan kali pertama. Jangan malukan masyarakat kita dan letakkan persepsi negatif terhadap orang luar tentang kita. We are better than this.

    Baca juga isu hangat di Kuching :

    Artikel Berkaitan