in

Kajian: Warga Emas & Konservatif Lebih Cenderung Untuk Berkongsi Berita Palsu

Kajian: Warga Emas & Konservatif Lebih Cenderung Untuk Berkongsi Berita Palsu

Kajian: Warga Emas & Konservatif Lebih Cenderung Untuk Berkongsi Berita Palsu

Berita palsu sering menjadi tajuk utama sejak wujudnya laman sosial, apatah lagi di zaman di mana maklumat dan berita hanya terletak di hujung jari.

Menurut kajian yang dilakukan oleh penyelidik dari Universiti Princeton dan Universiti New York di Amerika, warga emas dan konservatif lebih cenderung untuk berkongsi berita palsu dengan kebarangkalian sebanyak 7 kali lebih dari mereka yang berumur 18 ke 29 tahun.

Kajian: Warga Emas & Konservatif Lebih Cenderung Untuk Berkongsi Berita Palsu

Kajian itu juga menunjukkan bahawa lebih 90 responden sebenarnya tidak menghiraukan berita palsu. Mereka juga tidak berkongsi berita palsu dengan rakan rakan mereka di laman sosial facebook.

‘Walaupun trend berita palsu menular ke serata dunia, namun kami mendapati hanya segelintir yang mengambil endah mengenai perkara tersebut’.

Beberapa bulan lepas di Malaysia, seorang pesara telah didenda RM2000 kerana menyebarkan berita palsu.

Azizan Ahmad, yang berumur 64 tahun ketika itu telah dikesan menyebarkan berita palsu melalui akaun facebook beliau. Ketika mengaku bersalah di mahkamah, beliau meminta maaf dan juga berjanji untuk tidak mengulangi kesilapan tersebut lagi.

Bagaimana untuk mengetahui sesuatu berita itu benar atau palsu? Kami kongsikan info rajah di bawah

Kajian: Warga Emas &  Konservatif  Lebih Cenderung Untuk Berkongsi Berita Palsu

Facebook Comments
La Mian Mi Tarik Kuching, Mi Tarik Halal Di Kuching

La Mian Mi Tarik Kuching, Mi Tarik Halal Di Kuching

Anak Sarawak Dilantik Ketuai Dewan Bahasa Dan Pustaka

Anak Sarawak Dilantik Ketuai Dewan Bahasa Dan Pustaka