fbpx
Our Local Story

Kadar Poslaju Ke Sabah Dan Sarawak Naik Sekali Ganda, Cecah RM17.88 Sekilogram

Kadar baru mula tular apabila dikongsi penjual yang berniaga melalui aplikasi Shopee

Kadar Poslaju Ke Sabah Dan Sarawak Naik Sekali Ganda, Cecah RM17.88 sekilogram. Beberapa hari yang lalu, penjual penjual di Shopee mula berkongsi kepada pelanggan mereka mengenai kadar baru penghantaran yang menggunakan servis poslaju.

Kadar Poslaju Ke Sabah Dan Sarawak Naik Sekali Ganda, Cecah RM17.88 Sekilogram

Menurut perkongsian yang tular itu, kadar penghantaran dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak kini naik sekali ganda bermula 13 Julai yang lalu.

Bagi mereka yang berniaga melalui platform Shopee pula, alternatif penghantaran yang lain seperti J&T Express, DHL eCommerce dan Ninja Van akan dilancarkan pada akhir Julai ini sebagai alternatif.

Berdasarkan imej imej yang tular, kadar penghantaran bagi penjual yang menggunakan poslaju naik dari RM5.30 (untuk 500 gram – 750 gram) kepada RM10.71 dan untuk 750 gram sehingga 1 kilo pula, harga penghantaran naik sehingga RM12.40.

Shopee juga telah menyemak kembali kadar subsidi penghantaran bagi penjual dengan kini mereka menawarkan 2 jenis subsidi pengantaran yang bernilai RM4.03 dan juga RM12.40

Semakan di laman Poslaju tunjuk harga 1kg dari KL ke Kuching cecah RM17.88

Bagi anda yang berniaga tanpa menggunakan platform poslaju pula, hasil semakan kami mendapati kadar penghantaran untuk 1 kg parcel dari Kuala Lumpur ke Kuching kini mencecah RM17.88.

Kadar Poslaju Ke Sabah Dan Sarawak Naik Sekali Ganda, Cecah RM17.88 Sekilogram

Untuk parcel yang beratnya 500 gram pula, kadar penghantaran adalah RM13.20. Bagi anda yang berdaftar dan mempunyai akaun dengan poslaju, anda akan mendapat sedikit diskaun sekitar RM1 sahaja.

Kami turut menyemak kadar yang ditawarkan oleh J&T Express untuk 1kg parcel/document dari Kuala Lumpur ke Kuching, dan harga yang ditawarkan adalah seperti gambar di bawah :

Hasil semakan kami di laman Ninja Van juga mendapati kadar yang ditawarkan adalah sekitar harga yang sama dengan J&T Express iaitu sekitar RM13 untuk sekilogram.

Sekiranya anda merupakan peniaga, jangan lupa untuk menyemak kadar baru yang ditawarkan oleh Poslaju dan jangan lupa juga untuk membanding harga harga kurier yang lain.

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close