fbpx
More

    Jual Semula Mangkuk Tandas Yang Dicuri Di Facebook, 2 Lelaki Ini Diberkas Polis

    Mun dah ‘sakit palak’, mangkuk tandas pun on ajak!

    Jual Semula Mangkuk Tandas Yang Dicuri Di Facebook, 2 Lelaki Ini Diberkas Polis. Akibat menjual semula barang curi di Facebook, dua orang lelaki telah ditahan pihak polis di Kuching semalam.

    Lebih mengejutkan, barangan curi tersebut bukanlah barangan berharga seperti telefon pintar atau barang kemas, tetapi sebaliknya mangkuk tandas!

    via GIPHY

    Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Awang Din Awang Gani, pihak polis menerima laporan pada 22 Julai berkenaan pecah masuk sebuah rumah di Jalan Semariang. Antara barang yang hilang ialah mangkuk tandas serta sinki.

    Barangan curi diiklankan semula di Facebook

    Suspek pecah rumah berkenaan berjaya dijejaki apabila pihak polis mengesan iklan penjualan mangkuk tandas dan sinki yang mencurigakan. Kebetulan juga, iklan tersebut baru dimuat naik di laman Facebook.

    Sejurus selepas itu, suspek yang masing-masing berusia 26 dan 29 tahun diberkas di rumahnya. Pihak polis turut merampas mangkuk tandas serta sinki yang telah dicuri oleh mereka.

    Jual Semula Mangkuk Tandas Yang Dicuri Di Facebook, 2 Lelaki Ini Diberkas Polis
    Jual Semula Mangkuk Tandas Yang Dicuri Di Facebook, 2 Lelaki Ini Diberkas Polis
    Sumber : Utusan Borneo

    Kedua-dua suspek positif dadah

    Kedua-dua suspek kemudian telah mengaku melakukan aktiviti pecah rumah berkenaan. Malah, ujian saringan urin kedua-dua suspek mendapati bahawa mereka positif dadah jenis Methamphetamine. Salah seorang daripada mereka juga didapati mempunyai jenayah rekod lampau berkaitan harta benda.

    Kedua-dua mereka boleh dikenakan hukuman penjara selama 14 tahun dan dikenakan denda atau sebat bagi kesalahan kedua jika sabit kesalahan.

    Ketua Polis Kuching juga turut menasihati orang awam agar segera menyalurkan maklumat kepada pihak polis agar tindakan segera dapat diambil.

    Inilah padahnya jika anda menyalahgunakan dadah. Jauhi dadah, gais.

    Lagi artikel menarik untuk anda :

    Artikel Berkaitan