fbpx
Our Local Story

JPJ Tawar Diskaun 70% Bayaran Saman Sempena Bulan Kemerdekaan

Tawaran bermula 1 Ogos 2020 hingga 31 Ogos 2020.

JPJ Tawar Diskaun 70% Bayaran Saman Sempena Bulan Kemerdekaan. Anda mempunyai saman JPJ mahupun SPAD yang masih tertunggak? Nampaknya, Jabatan Pengangkutan Jalan ‘bermurah hati’ untuk memberikan anda diskaun pembayaran saman sempena bulan kemerdekaan tidak lama lagi.

Melalui siaran media yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia hari ini, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memberikan pengurangan bayaran kepada semua saman boleh kompaun sama ada yang dikeluarkan oleh JPJ mahu pun Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Diskaun turut terpakai untuk kes dalam tindakan senarai hitam

Jenis saman yang ditawarkan diskaun adalah saman untuk kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334), Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715), serta Kaedah-Kaedah dan Perintah-perintah di bawah nya. Diskaun ini turut terpakai untuk kes yang masih dalam tindakan senarai hitam.

JPJ Tawar Diskaun 70% Bayaran Saman Sempena Bulan Kemerdekaan
JPJ Tawar Diskaun 70% Bayaran Saman Sempena Bulan Kemerdekaan

Lebih menggembirakan, kadar diskaun yang diberikan adalah sebanyak 70% berdasarkan kadar kompaun semasa yang terdapat dalam sistem JPJ serta kadar yang telah ditetapkan bagi kes-kes tertentu.

Banyak tu 70%!

via GIPHY

Bayaran boleh dibuat di semua pejabat JPJ termasuk UTC

Anda boleh membuat pembayaran saman ini di semua pejabat JPJ (Negeri, cawangan dan UTC). Selain itu, anda juga boleh membuat pembayaran di Portal mySIKAP JPJ, Kiosk JPJ dan JPJ Mobile.

Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai kesalahan yang telah disenarai hitam, anda perlu hadir ke pejabat JPJ cawangan atau negeri untuk proses dokumentasi sebelum melakukan urusan pembayaran.

Tempoh pembayaran adalah bermula daripada 1 hingga 31 Ogos 2020.

Inilah peluang anda untuk melunaskan hutang saman anda yang menyesakkan. Tambahan pula, tawaran ini hanya berlangsung pada bulan Ogos. Rugi kalau tak ambil peluang!

Baca juga artikel berkaitan :

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close