
Jalan yang menghubungi Telok Melano dan Sematan bakal dibuka pada 26 Januari ini.
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bersama Menteri Kerja Raya Baru Bian akan merasmikan pembukaan jalan di Bulatan Sungai Kilong, Sematan, pada 26 Januari pada pukul 10 pagi.
Mengikut laporan The Borneo Post, Jajaran Telok Melano Ke Sematan Pan Borneo Highway yang berjarak 32.77km itu boleh dilalui oleh para pengguna jalan raya selepas majlis perasmian.

Pembukaan Jalan Telok Melano-Sematan ini membolehkan Telok Melano diakses melalui darat dalam masa 30 minit dari Sematan.

Bagi sesiapa yang ingin melalui Jalan Telok Melano-Sematan pada hujung minggu ini, bolehlah singgah di tempat-tempat menarik dalam perjalanan ke sana seperti dalam artikel kami: Tempat-Tempat Menarik Di DUN Tanjung Datu

