Ini Syurga Pelancongan Ala Bali Di Sempadan Sarawak – Kalimantan
Temajuk merupakan sebuah pekan kecil di Kalimantan yang terletak di sempadan Sarawak dan Kalimantan. Pekan kecil ini terletak dalam daerah Sambas dan kini boleh dilawati terus sekiranya anda berkunjung ke Telok Melano.

Dengan adanya jalan yang menghubungkan Telok Melano dan Kuching, anda kini boleh terus ke Temajuk dengan memandu ke Telok Melano. Akan tetapi, anda tidak dibenarkan memandu kereta anda ke Temajuk. Kereta anda mesti ditinggalkan di sempadan dan anda mesti menaiki ojek. Kos untuk menaiki ojek adalah RM35 untuk perjalanan pergi dan balik.

Ada Apa Di Temajuk?

Ada banyak juga tarikan pelancongan di Temajuk ini, tapi jika anda inginkan pantai ala ala Bali anda boleh pergi ke Homestay Temajuk.

Pantai yang penuh dengan dekorasi, sangat instaworthy untuk anda yang gemar untuk bergambar.

Jika anda berkunjung ke sini, jangan lupa juga untuk melawat rumah terbalik mereka. Siapa sangka di ‘hujung dunia’ ini pun ada rumah terbalik kan?

Video menarik dari Bombastic Borneo ini juga berbaloi untuk anda tonton jika anda merancang untuk ke Temajuk.

Anda juga boleh baca panduan lengkap dari pengalaman Bombastic Borneo Di Sini : Driving to Temajuk via Telok Melano, Wonderful Indonesia Sambas