fbpx
Our Local Story

Ini Panduan Kira Zakat Emas Terbaru Di Sarawak Yang Anda Perlu Tahu

Info berguna untuk anda yang minat memiliki emas.

Ini Panduan Kira Zakat Emas Terbaru Di Sarawak Yang Anda Perlu Tahu. Adalah anda mempunyai hobi minat memiliki emas?

Tak kisah lah sama ada anda sekadar menyimpan atau memakainya sebagai perhiasan, umat Muslim dikehendaki membayar zakat emas sekiranya memiliki jumlah yang ditetapkan atau lebih dari itu.

Seorang lelaki di laman Facebook telah membuat perkongsian berkenaan cara pengiraan zakat emas berdasarkan kadar terbaru yang ditetapkan di Sarawak.

Ini Panduan Kira Zakat Emas Terbaru Di Sarawak Yang Anda Perlu Tahu
Ini Panduan Kira Zakat Emas Terbaru Di Sarawak Yang Anda Perlu Tahu

Cuba kira emas anda ikut panduan ini

Menariknya, pengguna Facebook yang bernama ARrahmannia Ali telah berkongsi panduan pengiraan tersebut menggunakan bahasa Melayu Sarawak bagi memudahkan pemahaman.

Malah, panduan ini disertakan sekali dengan analogi pengiraan zakat emas seorang wanita yang bernama Peah.

Kadar zakat emas versi basa Sarawak. Semoga bermanfaat…. Memandangkan Tabung Baitulmal Sarawak dah keluarkan garis…

Posted by ARrahmannia Ali on Saturday, August 8, 2020

Menerusi kiriman tersebut, uruf zakat emas di Sarawak sebelum ini ditetapkan pada 775 gram. Namun demikian, Tabung Baitulmal Sarawak telah mengeluarkan garis panduan baru pada 5 Februari 2020 yang menetapkan uruf atau sukatan wajib zakat emas telah diubah kepada 90 gram.

Ini bermakna, jika anda memiliki emas dengan berat lebih daripada 90 gram, anda diwajibkan untuk membayar zakat emas. Tidak kisahlah sama ada dipakai atau disimpan sebagai aset. Kadar zakat emas ialah sebanyak 2.5% daripada lebihan emas.

Ini Panduan Kira Zakat Emas Terbaru Di Sarawak Yang Anda Perlu Tahu

Bagaimana kira zakat emas untuk sukatan terbaru ini?

Untuk pengetahuan anda, anda perlu membayar lebihan gram daripada sukatan yang ditetapkan sebagai zakat. Sebagai contoh, jika anda memiliki 100 gram emas, anda perlu membayar lebihan sebanyak 10 gram mengikut harga emas semasa kemudian didarabkan dengan 2.5% kadar zakat.

Tak faham? Okay, mari kita teliti contoh Peah yang dikongsikan oleh ARrahmannia.

1. Nilai emas per gram di Baitulmal Sarawak ialah RM203.50.

2. Katakan Peah memiliki barang kemas hiasan (cincin, gelang, rantai) berasaskan emas dan jumlah keseluruhannya adalah 100 gram.

Berapakah zakat emas yang perlu Peah bayar?

Kiraan Zakat Emas:
(100g – 90g) = 10 gram

Maka zakat yang perlu dibayar ialah 10g (lebihan dari nisab) jadi:

(10g x RM203.50) x (2.5% zakat emas)

iaitu RM50.90 sahaja.

Mudah sahaja rupanya.

Soalan lazim zakat emas Sarawak

Di samping itu, lelaki ini turut menyertakan beberapa soalan lazim yang sering ditanya tentang zakat emas di Sarawak. Contohnya seperti ;

1. Perlu atau tidak membawa emas ke Baitulmal untuk membayar zakat emas?

Jawapan : Tidak perlu. Anda hanya perlu menyebutkan sahaja jumlah berat emas yang dimiliki.

2. Jika ada barang kemas 999 dan 916, adakah perlu diasingkan berat?

Jawapan : Campurkan semua sekali.

3. Di mana hendak membayar zakat emas?

Jawapan : Bangunan Baitulmal Sarawak

Ini Panduan Kira Zakat Emas Terbaru Di Sarawak Yang Anda Perlu Tahu
Bangunan Baitulmal Sarawak yang terletak di Batu Kawa.
Sumber foto : azwan082

Jadi, adakah anda salah seorang daripada mereka yang wajib membayar zakat emas? Tunaikan kewajipan anda sekarang.

Baca juga panduan berguna yang lain :

Sumber
FB ARrahmannia Ali

Artikel Berkaitan

Back to top button