Our Local Story

Ini Cara Untuk Dapatkan Tiket Murah Dari KL Ke Kuching Semasa Musim Perayaan

Ini Cara Untuk Dapatkan Tiket Murah Dari KL Ke Kuching Semasa Musim Perayaan

Ini Cara Untuk Dapatkan Tiket Murah Dari KL Ke Kuching Semasa Musim Perayaan

Musim perayaan sememangnya mencabar bagi rakyat Sarawak dan vice verca untuk mendapatkan harga tiket kapal terbang dengan harga yang logik dan berpatutan.

Berdasarkan semakan kami sendiri, (ya team kami juga perlu kuangkuit ke Lembah Klang atas urusan kerja) tiket dari Kuala Lumpur untuk balik ke Kuching pada Hari Sabtu, 22 Disember 2018 mencecah RM1017 untuk satu hala perjalanan.

Ini Cara Untuk Dapatkan Tiket Murah Dari KL Ke Kuching Semasa Musim Perayaan

Disebabkan harga tiket yang agak tidak logik ( abis separuh gaji oi ) maka kami mencari cara alternatif lain untuk balik  ke Kuching dengan harga yang lebih murah.

AirAsia kini juga telah terbang terus dari Kuala Lumpur ke Pontianak yang terletak 10 jam perjalanan dengan menggunakan bas. Menyedari adanya penerbangan tersebut maka kami melakukan semakan penerbangan untuk penerbangan tersebut dengan tarikh yang sama, iaitu 22 Disember 2018.

Ini Cara Untuk Dapatkan Tiket Murah Dari KL Ke Kuching Semasa Musim Perayaan

Ya, anda boleh dapatkan tiket dengan harga RM159 ringgit tanpa insurans, bagasi dan juga makanan!

Pada hari yang sama untuk laluan Kuala Lumpur – Kuching, tambang paling murah adalah RM870.19. Tambang Bas dari Pontianak ke Kuching pula adalah dalam lingkungan RM55 ringgit untuk satu hala perjalanan dan bertolak dari Pontianak pada pukul 9 malam dan dijangka tiba di Kuching pada pukul 6 pagi keesokan harinya.

Ini Cara Untuk Dapatkan Tiket Murah Dari KL Ke Kuching Semasa Musim Perayaan

Kos secara kasar untuk balik ke Kuching dengan cara ini adalah RM214. Tolak campur kos pengangkutan ke stesen bas, makan dan lain2, mungkin kos kasar adalah RM300 dengan masa total perjalanan yang mungkin mencecah 14 jam.

Jika anda rasa anda perlu untuk berjimat, dan ingin kembali ke Kuching ketika musim perayaan, anda boleh cuba cara ini!

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami