Pernah nampak jalan dibina di sekitar bukit?
Ini Adalah Sebab Jalan Raya Dibina Di Sekitar Bukit Dan Tidak Lurus. Anda mungkin melihat kadangkala jalan raya terutama di kawasan luar bandar dibina di sekitar bukit dan tidak lurus.
Sekiranya anda tertanya-tanya mengapa jalan dibina seperti ini, berikut adalah penjelasan ringkas yang mungkin dapat menjawab soalan anda dengan jelas dan ringkas.

Penjelasan dari sudut engineer
Beberapa hari lepas, sekeping gambar meme tular di Facebook memaparkan sebuah jalan dibina sekitar sebuah bukit. Menurut gambar tersebut, jalan terbabit berada di Jalan Mejawah, Belaga, Sarawak.

Okay lah, nang lucu juak gambar ya!
Back to topic, ini adalah sebab jalan raya dibina sedemikian berdasarkan tinjauan atas komen dari jurutera-jurutera yang mengulas di gambar tersebut.
- Sekiranya jalan lurus sepanjang jalan, ia akan membahayakan pemandu yang berisiko mengantuk ketika melakukan perjalanan jauh.
- Sebilangan tanah tidak boleh disentuh atas sebab ia kepunyaan orang.
- Sebagai faktor keselamatan. Jika jalan lurus, semestinya tanpa sedar orang akan pandu laju tetapi dengan adanya lengkungan, ia akan memperlahankan kenderaan.
- Keadaan tanah menentukan pembinaan. Kadangkala keadaan tanah tidak sesuai untuk membina jalan atasnya.
- “Kos yang sentiasa berubah, lebih-lebih lagi kalau client adalah dari pihak yang mempunyai pengaruh besar,” – netizen
Malah, perkara ini juga dipersamakan dengan pembinaan roundabout. Terdapat banyak perkara yang harus dipertimbangkan jika hendak bina jalan.
Untuk kes bulatan, ia dibina untuk mengelak pemandu memandu kereta dengan laju dan kurangkan kemalangan berpotensi.
“Namun, untuk sebilangan kes, (bulatan) tidak berkesan jika populasi kereta semakin meningkat, mengakibatkan bulatan dianggap menyusahkan,” ulas L.X. (bukan nama sebenar).

Bagi bulatan yang mempunyai jalan keluar yang lurus, sebab ia dibina sedemikian ialah untuk tujuan road reserve.
“Road reserve bertujuan untuk pembangunan masa depan. Sekiranya ada pembangunan di kawasan sana, sebuah jalan akan dibina lagi sebagai jalan keluar di bulatan terbabit,” kata L.X.
Jadi, sekiranya anda ternampak jalan yang dibina di sekitar bukit dan bukan lurus, faham-fahamlah kenapa. Hehe!