fbpx
Our Local Story

Ingin Melanjutkan Pelajaran? Ini Bantuan Peringkat Pengajian Tinggi Yang Ditawarkan Yayasan Sarawak

Permohonan Biasiswa Yayasan Sarawak Dibuka Mulai 30 Jun 2018
779 Shares

Ingin Melanjutkan Pelajaran? Ini Bantuan Peringkat Pengajian Tinggi Yang Ditawarkan Yayasan Sarawak

slide

Tahukah anda Yayasan Sarawak mempunyai 7 bantuan/biasiswa untuk peringkat pengajian tinggi? Sekiranya anda tidak mendapat bantuan kewangan dari PTPTN atau merupakan pelajar yang cemerlang, ini bantuan/biasiswa yang anda boleh pohon dari Yayasan Sarawak.

  1. Dermasiswa Matrikulasi/Asasi 
  • Bantuan awal kewangan kepada pelajar Matrikulasi/Asasi sebelum menerima bantuan pinjaman/biasiswa daripada badan penaja
  • Menerima tawaran daripada Kolej Matrikulasi Anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia dan Program Asasi di Institusi Pengajian Tinggi Awam.
  • Mengisi dengan lengkap borang permohonan YS/17/2000 dan tertakluk kepada peruntukan
  • Geran antara RM500.00 hingga RM1,000.00 tertakluk kepada kelulusan berdasarkan pendapatan perkapita keluarga untuk sekali sepanjang pengajian sahaja.

2. Biasiswa Pinjaman Pelajaran Dalam Negara 

  • Biasiswa Pinjaman kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Insititusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di Malaysia.
  • Permohonan dibuka sepanjang tahun dengan mengisi borang permohonan YS/1/2000 atau melalui portal.
  • Pelajar disarankan memohon pinjaman PTPTN terlebih dahulu dan Yayasan Sarawak sedia mempertimbangkan permohonan sekiranya permohonan PTPTN ditolak dengan mengemukakan surat kegagalan PTPTN.
  • Kelulusan tertakluk kepada latar belakang sosio ekonomi dan peruntukan semasa.

3. Pinjaman Pelajaran Luar Negara

  • Pinjaman kepada pelajar yang melanjutkan pengajian ke luar negara bagi membiayai sebahagian kos pengajian.
  • Permohonan dibuka sepanjang tahun dengan mengisi borang permohonan YS/3 (Pindaan 1989) atau melalui portal.
  • Pinjaman adalah berbentuk bercagaran (hartanah).
  • Kadar pinjaman yang diberikan kepada pelajar tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Pendidikan Yayasan Sarawak.

4. Pinjaman Tabung Pusingan

  • Bantuan kewangan segera kepada pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/Institut Pendidikan Guru (IPG) di dalam negara sebelum mendapat penajaan. Pinjaman ini MESTI dibayar balik setelah menerima biasiswa/pinjaman daripada badan penaja lain.
  • Terbuka kepada pelajar di peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.
  • Mendapat tawaran di Institusi Pengajian Tinggi Awam tempatan dan Institut Pendidikan Guru (IPG) sahaja.
  • Kelulusan tertakluk kepada peruntukan semasa.
  • Mengisi dengan lengkap borang permohonan YS/18/1996 atau memohon melalui portal.
  • Anggaran maksima pinjaman RM1,500.00 seorang berdasarkan peringkat pengajian dan lokasi Institusi Pengajian Tinggi.

5. BIASISWA BESTARI YAYASAN SARAWAK

  • Sebagai usaha untuk menggalakkan pelajar melanjutkan pengajian dalam bidang jurusan kritikal.
  • Terbuka  kepada anak Sarawak yang cemerlang dalam akademik.
  • Mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi dan aktif dalam aktiviti ko-kurikulum.
  • Mengikuti pengajian di Swinburne University of Technology Sarawak Campus dan Curtin University of Technology Miri Campus & University College of Technology Sarawak (UCTS) sahaja.
  • Mengikuti pengajian ijazah pertama sahaja.
  • Yuran pengajian, sara hidup, pengangkutan, bantuan buku, tesis dan komputer.

6. YAYASAN BIASISWA SARAWAK TUNKU ABDUL RAHMAN (YBSTAR)

  • Pemberian biasiswa kepada para pelajar yang cemerlang dan mengikuti pengajian Ijazah Pertama di Institusi Pengajian Tinggi dalam negara dan Ijazah Lanjutan di dalam dan luar negara.
  • Warganegara Malaysia dengan keutamaan kepada anak Negeri Sarawak.
  • Pelajar yang mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang akademik serta aktif dalam kegiatan ko-korikulum.
  • Pengajian pada peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, Kedoktoran dan Kepakaran.
  • Mengikuti kursus yang disyorkan oleh Lembaga Amanah dan lulus temuduga.
  • Tawaran permohonan akan diiklankan di dalam akhbar tempatan.
  • Mengisi dengan lengkap borang permohonan YBSTAR/1/2010.
  • Ijazah Sarjana Muda: Yuran Pengajian, Elaun Sara Hidup, Elaun Buku, Elaun Kertas Projek, Elaun Alat Perkakas, Elaun Latihan Amali, Elaun Latihan Ilmiah/Tesis & Tiket Penerbangan.
  • Ijazah Lanjutan (Sarjana, PhD & Kepakaran):  Yuran Pengajian, Elaun Sara Hidup, Elaun Buku, Elaun Alat Perkakas, Elaun Latihan Tesis, Elaun Pengajian Akhir & Tiket Penerbangan.
  • Tiket penerbangan pergi-balik (sekali setahun dalam negara dan sekali sepanjang kursus untuk luar negara).

7. TABUNG PENDIDIKAN TINGGI SARAWAK (HiED)

  • Untuk melahirkan lebih ramai para graduan kejuruteraan.
  • Peringkat Foundation hingga Ijazah Pertama.
  • Bidang Kejuruteraan & Ukur Bahan yang diiktiraf MQA.
  • Universiti Awam dan Swasta yang terpilih
  • Wajib memohon PTPTN terlebih dahulu.
  • Tidak mempunyai penaja
  • Mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh Sekretariat.

Sekiranya anda bakal melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi, anda boleh memohon bantuan/biasiswa ini di pautan : Yayasan Sarawak

Yayasan Sarawak ditubuhkan pada 27 Mei 1971 di bawah ordinans Yayasan Sarawak sebagai Badan Berkanun Kerajaan Negeri. Objektif Yayasan Sarawak mengikut ordinan adalah :

  • Memberikan biasiswa dan pinjaman atau menyediakan bantuan kewangan dalam apa jua bentuk kepada sesiapa sahaja rakyat Sarawak khasnya dan rakyat Malaysia amnya, untuk melanjutkan pendidikan di sekolah, maktab, universiti atau institusi pengajian tinggi di dalam atau di luar negeri, mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh Lembaga;
  • Secara aktif menggalakkan peningkatan peluang-peluang pendidikan bagi rakyat negeri Sarawak khasnya dan rakyat Malaysia amnya, di dalam negara dan sebarang institusi pengajian tinggi di seluruh dunia tetapi mengutamakan universiti-universiti di dalam negara;
  • Memberikan biasiswa dan bantuan kewangan lain dan berusaha mendapatkan penajaan seumpamanya dari badan-badan lain untuk rakyat Negeri Sarawak khasnya dan rakyat Malaysia amnya apabila difikirkan wajar;
  • Memberikan bantuan dan menyediakan kemudahan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan pertimbangan Lembaga berada di dalam keadaan memerlukan bantuan atau kemudahan berkenaan;
  • Menyediakan bantuan, sama ada secara pinjaman atau pemberian atau sebagainya kepada organisasi institusi yang ditubuhkan dan ditadbirkan untuk tujuan saintifik, perubatan, pendidikan, kebajikan, sosial atau kerja amal; dan
  • Memberi sumbangan dan bantuan di dalam keadaan kecemasan atau malapetaka negara.
yayasan

Program Perkampungan Pelajar Yayasan Sarawak

Untuk maklumat yang lengkap dan berinteraksi dengan Yayasan Sarawak,

Anda boleh ke Laman Facebook Yayasan Sarawak atau terus ke laman sesawang mereka : http://yayasansarawak.org.my/

Gambar dan maklumat kredit to : Laman Facebook dan Sesawang Yayasan Sarawak

779 Shares
Related posts
Our Local Story

3 Aplikasi Servis Penghantaran Makanan Yang Anda Boleh Cuba Di Kuching

Our Local Story

Sambutan Hari Malaysia Di Padang Merdeka Kuching Pada 16 September 2019

Our Local Story

Temuduga Pengambilan Bakal Pegawai & Lain Lain Pangkat Pasukan Simpanan TLDM Kuching Akan Dibuka Pada 24 Ogos 2019

Our Local Story

Akibat Parking Sesuka Hati, Kereta Ini Dicalari

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami

Copy link
Powered by Social Snap