fbpx
Our Local Story

Ibarat ‘Palak Sakit’, Lelaki Ini Sanggup Curi Pengimbas Suhu Di Kuching

Kejadian dikatakan terjadi di sebuah kafe di Taman Malihah

Ibarat ‘Palak Sakit’, Lelaki Ini Sanggup Curi Pengimbas Suhu Di Kuching. Macam macam ragam manusia apabila ingin mencuri. Apa sahaja yang lalu di depan mata pun boleh juga jadi barang untuk dicuri.

Terbaru, menerusi sebuah perkongsian video di laman facebook, seorang lelaki ‘kantoi’ mencuri pengimbas suhu di sebuah restoran yang terletak di Taman Malihah, Kuching.

Video berdurasi lebih dari seminit itu menunjukkan bagaimana seorang individu lelaki yang dikatakan meletakkan kenderaan beliau di hadapan restoran itu dan kemudian hanya menunggu di situ untuk beberapa ketika.

Ibarat 'Palak Sakit', Lelaki Ini Sanggup Curi Pengimbas Suhu Di Kuching

Selepas menyedari ada peluang, beliau pergi ke hadapan restoran tersebut pula dan berlegar legar. Kemudian, beliau menempah sejenis minuman kononnya untuk dibungkus balik

Selepas menyedari keadaan agak ‘clear’ selepas pekerja restoran tersebut ke dapur maka beliau pun mengambil pengimbas suhu tersebut dan meletakkannya ke dalam poket beliau.

Individu tersebut kemudian masuk ke dalam kenderaan yang dinaikinya dan kemudiannya beredar dengan selamba setelah berjaya mengambil pengimbas suhu tersebut.

Berdasarkan video rakaman CCTV yang dikongsi, lelaki tersebut dikatakan meninggalkan restoran tersebut dengan menggunakan sebuah kenderaan motokar yang berwarna merah.

Berdasarkan perbualan di dalam video yang tular tersebut, tidak mustahil lelaki tersebut pernah ke restoran itu sebelum ini.

Baca juga artikel lain :

Sumber
Facebook

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close