fbpx
Our Local Story

Hukuman Naik Kepada 15 Tahun Penjara Dan Denda RM 100K Untuk Pemandu Mabuk

Hukuman sama untuk pemandu bawah pengaruh dadah.

Hukuman Naik Kepada 15 Tahun Penjara Dan Denda RM 100K Untuk Pemandu Mabuk. Individu yang didapati memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah kini bakal berdepan hukuman penjara yang lebih lama iaitu daripada 10 tahun penjara kepada 15 tahun penjara.

Malah, hukuman denda juga dinaikkan kepada RM 50,000 hingga RM 100,000 untuk kesalahan kali pertama.

Kesalahan kedua penjara 15 hingga 20 tahun, denda hingga RM 150K

Jika disabitkan kesalahan buat kali kedua, pesalah akan berdepan hukuman penjara selama 15 ke 20 tahun manakala denda sebanyak RM 100,000 hingga RM 150,000 akan dikenakan.

Kedua-dua hukuman yang dinaikkan ini adalah untuk kesalahan memandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol sehingga menyebabkan kematian.

Hukuman Naik Kepada 15 Tahun Penjara Dan Denda RM 100K Untuk Pemandu Mabuk
Hukuman Naik Kepada 15 Tahun Penjara Dan Denda RM 100K Untuk Pemandu Mabuk

Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987

Hukuman terbaru ini merupakan pindaan kepada Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.

Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) Bil 2020 ini dibentangkan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong.

Berdasarkan bil tersebut, pemandu di bawah pengaruh yang menyebabkan kecederaan akan berdepan hukuman penjara maksimum selama 10 tahun dan denda sehingga RM 50,000 jika sabit kesalahan.

Hilang kelayakan lesen memandu tidak kurang 10 tahun jika sabit kesalahan

Pemandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah juga akan hilang kelayakan untuk memiliki atau mendapatkan lesen memandu untuk tempoh tidak kurang 10 tahun dari tarikh sabit kesalahan.

Hukuman Naik Kepada 15 Tahun Penjara Dan Denda RM 100K Untuk Pemandu Mabuk

Pindaan tersebut turut menyatakan had alkohol adalah pada 22 mikrogram untuk setiap 100 ml nafas, 50 miligram (mg) alkohol dalam 100 ml darah atau 67 mg alkohol dalam 100 ml urin.

Definisi kenderaan mikro-mobiliti seperti kenderaan menggunakan sumber elektrik juga didefinisikan dalam pindaan tersebut.

Pastikan anda tidak memandu semasa berada di bawah pengaruh alkohol dan dadah. Jaga keselamatan anda serta insan yang tidak bersalah di luar sana. Jadilah warganegara yang matang dan bertanggungjawab.

Baca juga :

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close