Our Local Story

Hujan Lebat Akibatkan Beberapa Kawasan Utama Di Kuching Dilanda Banjir Kilat

Hujan Lebat Akibatkan Beberapa Kawasan Utama Di Kuching Dilanda Banjir Kilat

Hujan Lebat Akibatkan Beberapa Kawasan Utama Di Kuching Dilanda Banjir Kilat

Hujan lebat yang turun bermula dari pukul 2 petang tadi telah mengakibatkan beberapa kawasan utama di Kuching dilanda banjir kilat. Kawasan kawasan tersebut adalah :

  • Padungan
  • Waterfront ( Depan Hilton )
  • Padang Merdeka ( Simpang Merdeka Palace )
  • Saujana
Hujan Lebat Akibatkan Beberapa Kawasan Utama Di Kuching Dilanda Banjir Kilat

Banjir kilat di Pandungan. Gambar : Claudia Amore

Hujan Lebat Akibatkan Beberapa Kawasan Utama Di Kuching Dilanda Banjir Kilat

Banjir kilat di Saujana

Hujan lebat yang turun juga mengakibatkan pokok tumbang di beberapa buah kawasan, terima kasih kepada pihak bomba yang sentiasa bersedia untuk membantu mengalihkan pokok pokok yang tumbang.

Seperti laporan yang dimuatnaik oleh Pasukan Bomba Petra Jaya, 2 buah kereta dihempap oleh pokok yang tumbang. Namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana tiada orang di dalam kedua dua buah kereta tersebut.

Hujan dijangka terus turun sehingga malam ini di Bandaraya Kuching. Pastikan anda berhati hati semasa memandu kereta dan jarakkan kereta anda dengan kereta lain di hadapan anda.

Untuk lebih cerita lokal dan info info menarik mengenai Kuching, anda boleh lawati laman sesawang kami : I Love Kuching – Food, attractions, things to do and events in Kuching . You can find everything about Kuching here. 

 

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami