Our Local Story

Hujan Duit Di Mood Republik Sarawak, Nur Sajat Dikecam Netizen

Hujan Duit Di Mood Republik Sarawak, Nur Sajat Dikecam Netizen

Hujan Duit Di Mood Republik Sarawak, Nur Sajat Dikecam Netizen

Netizen khasnya rakyat Sarawak mengecam usahawan dan penyanyi Nur Sajat Kamaruzzaman kerana penglibatan beliau dalam program ‘membuang’ duit kepada para pengunjung Mood Republik Sarawak di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) pada 7 April.

Namun begitu, wang itu bukanlah duit kepunyaannya sebaliknya disediakan oleh pihak penganjur untuk memeriahkan program tersebut, kata Sajat menurut laporan Harian Metro.

“Saya hanya meriahkan program hujan duit yang menjadi salah satu strategi pemasaran pihak penganjur untuk menarik pengunjung ke festival berkenaan.

 

“Wang tunai sebanyak RM10,000 dibelanjakan pihak penganjur untuk diberikan kepada pengunjung terawal,” katanya.

Harian Metro juga melaporkan Sajat tiada niat untuk menunjuk-nunjuk kekayaannya seperti yang didakwa oleh netizen.

Sajat meminta maaf sekiranya tindakannya itu menyakitkan hati rakyat Sarawak.

“Saya mohon maaf seandainya tindakan saya itu mengguris hati ramai. Saya ingin tegaskan sekali lagi itu bukan duit saya.

Beliau menjelaskan program ‘hujan duit’ itu kerap diadakan oleh pihak penganjur.

“Sebenarnya acara hujan duit sering diadakan penganjur terbabit di setiap negeri yang dikunjunginya,” katanya.

Terdahulu, Sajat dikecam netizen apabila dikatakan membuang wang kepada orang ramai seolah-olah menunjuk-nunjuk kekayaannya.

Tontoni video hujan duit di BCCK yang dimuat naik di Instagram Nur Sajat:

 

https://instagram.com/p/BhQNCcqnsld/

Mood Republik Sarawak sedang berlangsung di BCCK sehingga 8 April dari 10 pagi hingga 12 tengah malam.

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami